Siakap Keli
rundingan gencatan senjata gaza
Kredit: OMAR AL-QATTAA/AFP

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

DOHA (Qatar), 14 Jan (Bernama) — Qatar pada Selasa memaklumkan bahawa rundingan gencatan senjata Gaza kini berada pada peringkat akhir dan pengumuman perjanjian dijangka dilakukan dalam masa terdekat, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Draf perjanjian telah diserahkan kepada kedua-dua pihak, Hamas dan Israel, dengan halangan utama dalam isu-isu kontroversi antara kedua-dua pihak telah ditangani.

“Perbincangan semasa di Doha kini tertumpu kepada memuktamadkan butiran yang masih berbaki,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari dalam satu sidang media di Doha.

BACA: Israel Dan Hamas Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat, Tamatkan Ketegangan Lebih 10 Hari di Gaza

Ansari turut berkata bahawa pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Gaza akan berlaku “dalam masa yang singkat selepas ia dimuktamadkan.”

“Terdapat suasana positif dalam rundingan ini, dan kami optimis terhadap kemungkinan mencapai perjanjian, namun kita tidak boleh terlalu yakin,” katanya.

Sumber: BERNAMA-AA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.