Peguam Jelas Isu Syarikat Umum Cuti Tapi Pekerja Wajib ‘Ganti’ Guna AL
Dalam dunia pekerjaan, isu berkaitan cuti pekerja sering kali menjadi topik perbincangan hangat, terutama semasa musim perayaan.
Baru-baru ini, sebuah perkongsian daripada seorang peguam menerusi TikTok @amierulramadha telah menarik perhatian ramai.
Dalam perkongsian itu, beliau menjelaskan tentang isu majikan yang mengumumkan cuti tetapi mewajibkan pekerja menggantikannya dengan Annual Leave (AL) mereka.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah tindakan seumpama ini ‘dibolehkan’ menurut undang-undang?
Menurut peguam tersebut, AL atau cuti tahunan adalah hak yang diperuntukkan kepada pekerja seperti yang termaktub dalam Akta Pekerjaan 1955.
Berdasarkan peruntukan ini, AL bukanlah sesuatu yang boleh ‘dimanipulasi’ sesuka hati oleh majikan.
Ini kerana AL adalah hak istimewa yang diberikan kepada pekerja untuk kegunaan peribadi, pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.
Justeru, majikan tidak berhak memaksa pekerja menggunakan AL mereka untuk kepentingan syarikat, seperti penutupan operasi sementara semasa musim perayaan.
Bagaimanapun, jika majikan ingin menutup operasi dan bercadang menggunakan AL pekerja, ia hanya sah dilakukan dengan persetujuan sukarela antara kedua-dua pihak.
Sebaliknya, jika majikan memaksa pekerja menggunakan AL tanpa persetujuan, tindakan itu dianggap melanggar undang-undang buruh yang melindungi hak pekerja.
“Jika anda dipaksa, anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” jelasnya.
@amierulramadha Ramai ke yang macam ni komen sikit #amierulramadha #ditaja🇲🇾 #peguamburuh #hakpekerjamalaysia #hakmajikan #hrproxmy #lawyerburuh #fyppppppppppppppppppppppp
BACA: LA Kini ‘Diselimuti’ Warna Merah
BACA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA
BACA: Ini Sebab Kebakaran LA Sulit Dipadamkan
Sumber: TikTok @amierulramadha