Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Kebakaran LA
Gambar: AFP

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA 

Hannah

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA

Kebakaran hutan di Los Angeles (LA) yang mula marak pada Selasa, 7 Januari, telah mencetuskan perhatian ramai.

Dalam hanya beberapa hari, api marak dengan pantas sehingga meliputi kawasan seluas kira-kira 29,000 ekar atau 45 batu persegi, bersamaan dua kali saiz Manhattan.

Jumlah sebenar korban jiwa dan kecederaan masih belum diketahui, walaupun terdapat laporan mengenai beberapa mangsa yang terkorban dan cedera.

Apakah punca kebakaran ini?

Sherif Daerah Los Angeles, Robert Luna, memaklumkan bahawa penyiasatan mengenai punca kebakaran masih diteruskan.

“Semua kemungkinan masih dalam pertimbangan,” katanya.

Petir, yang merupakan punca kebakaran paling biasa di AS, telah disahkan bukan penyebab kebakaran di Palisades dan Eaton.

Tiada juga petunjuk rasmi setakat ini bahawa kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat atau talian utiliti, yang merupakan dua punca utama lain bagi kebakaran.

‘Tahun-tahun basah’ di California pada 2022-2023 telah menyumbang kepada pertumbuhan besar tumbuh-tumbuhan.

Bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan kemudiannya mengering akibat kemarau tahun lepas, menjadikannya bahan bakar yang mudah terbakar.

Keadaan ini kian memburuk dengan tempoh kemarau luar biasa, di mana pusat bandar LA hanya menerima 0.16 inci (0.4 cm) hujan sejak Oktober.

Selain itu, tiupan angin kencang dari pesisir pantai yang dikenali sebagai angin Santa Ana, dipercayai turut menyumbang kepada keadaan buruk ini.

Ramalan cuaca oleh BBC melalui Sarah Keith-Lucas menyatakan tiada hujan dijangka di kawasan tersebut sekurang-kurangnya untuk minggu akan datang.

Walaupun angin diramalkan sedikit reda pada lewat Jumaat hingga Sabtu, ahli ramalan memberi amaran bahawa angin akan bertambah kuat semula pada Ahad hingga Isnin.

Apakah peranan perubahan iklim dalam kebakaran ini?

Walaupun angin kencang dan kekurangan hujan menjadi punca utama kebakaran, pakar menyatakan bahawa perubahan iklim sedang mengubah ‘keadaan asas’ dan meningkatkan kemungkinan kejadian kebakaran seperti ini.

Sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat (AS), termasuk California, telah mengalami kemarau yang berlarutan selama beberapa dekad dan hanya berakhir dua tahun lalu, menjadikan rantau tersebut lebih terdedah.

Perubahan drastik antara tempoh kering dan basah dalam beberapa tahun kebelakangan ini mencipta sejumlah besar tumbuhan kering seperti tinder yang mudah terbakar.

Penyelidikan kerajaan AS dengan jelas mengaitkan perubahan iklim dengan kebakaran hutan yang lebih besar dan lebih dahsyat di kawasan barat negara itu.

“Perubahan iklim, termasuk peningkatan suhu, kemarau yang berpanjangan dan atmosfera yang lebih kering, telah menjadi pendorong utama dalam meningkatkan risiko dan skala kebakaran hutan di barat AS,” kata Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Bagaimana teruknya keadaan kebakaran di LA?

Kebakaran besar bermula di Pacific Palisades pada jam 10:30 pagi waktu tempatan pada Selasa.

Ia adalah kawasan yang teruk terjejas, dan berpotensi menjadi ‘kebakaran paling merosakkan’ dalam sejarah negeri itu.

Kebakaran ini telah memusnahkan lebih daripada 23,654 ekar tanah, termasuk kawasan kejiranan mewah Pacific Palisades.

Setakat petang Sabtu, ia hanya berjaya dikawal sebanyak 11 peratus.

Namun, terdapat beberapa kebakaran lain yang juga tercetus di sekitar LA.

Menurut pegawai bomba California, terdapat tiga kebakaran besar lain yang sedang marak di kawasan yang lebih luas.

1. Eaton

Kebakaran ini melanda bahagian utara LA, termasuk kawasan seperti Altadena. Ia adalah kebakaran kedua terbesar di kawasan ini, dengan lebih daripada 14,000 ekar hangus terbakar. Tahap kawalannya kini adalah 15 Peratus.

2. Hurst

Terletak di utara San Fernando, kebakaran ini bermula pada malam Selasa dan telah merebak ke kawasan seluas 799 ekar.

Setakat ini, ia telah berjaya dikawal sebanyak 76 peratus.

3. Kenneth

Kebakaran ini bermula pada Khamis di sempadan daerah LA dan Ventura.

Setakat ini, ia telah membakar lebih daripada 1,052 ekar tanah.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa kemaraan api telah berjaya dihentikan dan kebakaran ini telah dikawal sebanyak 90 peratus, tanpa sebarang kerosakan atau kemusnahan terhadap struktur bangunan.

Selain itu, kebakaran terdahulu iaitu di Archer, Sunset, Lidia, Woodley dan Olivas pula telah berjaya dipadamkan.

BACA: 62 Rumah, Masjid Musnah Dalam Kebakaran

BACA: Tiga Maut, Kereta Terbabas Masuk Kolam Takungan Banjir

BACA: Penerbangan Moscow-Dubai Utair Berpatah Balik Kerana Kemungkinan Masalah Teknikal

Sumber: BBC, People