Siakap Keli
Remaja dililit ular sawa
Sumber: Surya Pagi

Remaja Parah Digigit, Dililit Ular Sawa 

Remaja Parah Digigit, Dililit Ular Sawa 

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun hampir maut selepas diserang oleh seekor ular sawa sepanjang enam meter.

Kejadian yang menggerunkan ini dipercayai berlaku di Dusun Tanete, Desa Lenggo, Kecamatan Bulo, Indonesia, pada Ahad.

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang waktu tempatan ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari kebun bersama ibunya.

Tiba-tiba, ular sawa tersebut muncul dari dalam semak dan menyerang mangsa, menggigit paha kiri mangsa sehingga menyebabkan luka parah.

“Luka di bahagian betis sangat serius, sehingga isi betisnya terkeluar. Jika dia seorang diri, kemungkinan besar dia tidak akan selamat,” kata keluarga mangsa.

Lebih mengerikan, ular sawa tersebut tidak hanya menggigit, tetapi juga melilit seluruh tubuh mangsa.

Ibu mangsa yang cuba untuk menyelamatkan anaknya turut cedera apabila tangannya terluka ketika berusaha membuka rahang ular yang menggigit betis anaknya.

“Panjang ular itu sekitar enam meter dan sempat melilit seluruh badan anak itu. Tangan ibunya juga luka akibat cuba melepaskan anaknya dari gigitan ular,” tambah keluarga mangsa.

Difahamkan, kejadian ini disedari penduduk kampung yang mendengar jeritan meminta pertolongan.

Mereka segera ke lokasi kejadian dan berjaya melumpuhkan ular tersebut dengan menebas badannya menggunakan parang.

BACA: Presiden Korea Selatan Yoon Ditahan Untuk Soal Siasat Berhubung Undang-Undang Tentera

BACA: Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

BACA: Uzma Bhd Berjaya Lancar Satelit Pemerhatian Bumi Resolusi Imej Tinggi

Sumber: Surya Pagi

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.