Siakap Keli
Rundingan Gencatan Senjata
Kredit: AFP

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

DOHA (Qatar), (Bernama-AA) — Qatar pada Selasa memaklumkan bahawa rundingan gencatan senjata Gaza kini berada pada peringkat akhir dan pengumuman perjanjian dijangka dilakukan dalam masa terdekat, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Draf perjanjian telah diserahkan kepada kedua-dua pihak, Hamas dan Israel, dengan halangan utama dalam isu-isu kontroversi antara kedua-dua pihak telah ditangani.

“Perbincangan semasa di Doha kini tertumpu kepada memuktamadkan butiran yang masih berbaki,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari dalam satu sidang media di Doha.

Ansari turut berkata bahawa pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Gaza akan berlaku “dalam masa yang singkat selepas ia dimuktamadkan.”

“Terdapat suasana positif dalam rundingan ini, dan kami optimis terhadap kemungkinan mencapai perjanjian, namun kita tidak boleh terlalu yakin,” katanya.

BACA: Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

BACA: 4 Risiko Kalau ECT Sensor Kereta Bermasalah, No. 2 Ramai Nak Elak

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.