Siakap Keli
Angin Kencang 'Santa Ana'
Kredit: AFP

Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

Pasukan penyelamat dilapor bersiap-sedia dengan angin kencang Santa Ana yang diramal kembali membadai Los Angeles.

Menurut USA Today, keadaan itu berpontensi menyebabkan kebakaran yang sedang berlaku bertambah teruk dan memusnahkan seluruh kawasan kejiranan.

Malah, ia juga berkemungkinanan akan memaksa puluhan ribu penduduk untuk meninggalkan kediaman masing-masing.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, kelajuan angin berkenaan mampu mencapai antara 45 hingga 70 mph dan berterusan sehingga pertengahan minggun.

“Tekanan angin lebih ringan buat masa ini, namun dijangka lebih kencang lewat malam Selasa dan berterusan sehingga petang Rabu,” kata agensi berkenaan melalui X, malam tadi.

Angin kencang Santa Ana kembali mengganas, ancam kebakaran di LA

Tiupan angin paling kuat dijangka berlaku pada Selasa dan Rabu petang.

Agensi berkenaan turut mengeluarkan Amaran Bendera Merah di kebanyakan kawasan pantai California Selatan.

Terdahulu, amaran tentang angin kencang Santa Ana turut dikeluarkan bagi kawasan utara Los Angeles County dan Ventura Count.

Gabungan antara tiupan angin kencang dan kelembapan yang rendah serta keadaan kering menyebabkan kebakaran yang berlaku di LA bertambah teruk.

Ramai anggota bomba LA, termasuk bantuan tambahan dari negeri-negeri lain Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dilapor bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang berlaku.

Malah operasi yang dilaksanakan turut melibatkan penggunaan pelbagai aset darat dan udara.

Sekurang-kurangnya 24 nyawa dilapor terkorban 

Sementara itu, Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah LA melaporkan sekurang-kurangnya 24 orang terkorban sejak kebakaran meletus lebih lapan hari lalu.

Bencana yang sama turut memusnahkan lebih daripada 12,000 kediaman dan memaksa 92,000 penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Menurut portal USA Today, kebakaran Palisades telah memusnahkan kawasan kejiranan Pacific Palisades sebanyak 23,713 ekar dan berjaya dikawal sebanyak 17 peratus.

Sementara itu, kebakaran Eaton yang terletak di kawasa kaki bukit Pergunungan San Gabriel dilapor memusnahkan sebanyak 14,117 ekar dan berjaya dikawal sebanyak 35 peratus.

BACA: Asyik Kejar Makanan Viral & Foodtruck, Sekali Lain Pula Jadi Bila Jumpa Trak ‘Istimewa’ Ni

BACA: Jalan 500km Balik Kampung Selepas Dihalau Isteri & Anak Tiri

BACA: 4 Risiko Kalau ECT Sensor Kereta Bermasalah, No. 2 Ramai Nak Elak

Sumber: USA Today

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.