Siakap Keli
Amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 12 tengah hari, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, manakala di Kelantan membabitkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula, daerah yang terlibat adalah Hulu Terengganu, selain Tawau (Tawau dan Semporna) di Sabah,” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Gencatan Senjata Di Gaza Bermula Ahad, Kata PM Qatar

BACA: Kontrak Baharu Ronaldo Bersama Al-Nassr Cukup ‘Lumayan’

BACA: PM Ucap Tahniah Kepada Cikgu Nazmi Disenarai 50 Finalis Hadiah Guru Global

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.