Siakap Keli
3 anak kongsi bilik
Kredit: ImageFX

“3 Anak Kongsi 1 Bilik,” Bapa Sedih Kenang Anak Tidur Berhimpit, Silap Percaturan Beli Rumah

“3 Anak Kongsi 1 Bilik,” Bapa Sedih Kenang Anak Tidur Berhimpit, Silap Percaturan Beli Rumah

Bila sudah menginjak dewasa, kita semua akan mempunyai kehidupan sendiri dan rumah menjadi salah satu ‘item’ yang sangat penting untuk kita. Justeru, tipu lah jika ada yang kata mereka tidak pernah ada impian untuk memiliki rumah idaman sendiri.

Rumah menjadi tempat berlindung untuk kita seisi keluarga dan menjadi ‘identiti’ kita. Tidak kiralah seberapa besar atau kecil rumah tersebut, ia adalah perkara penting yang tidak boleh dipandang mudah walaupun rumah tersebut disewa.

Pun begitu, kita juga perlu memikirkan mengenai masa depan. Manakan tidak, bila sudah berkahwin, ahli keluarga juga akan bertambah.

Justeru, pilihan yang tepat perlu dilakukan kerana kita ingin duduk lama di rumah itu. Bayangkan bila ada anak ramai tetapi ruang tidak cukup. Ia sememangnya akan mendatangkan masalah.

Hal ini sama seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang menyesal kerana tersilap membeli rumah teres yang kecil. Impaknya, anak-anaknya tidak mendapat ruang yang selesa.

Menurut Mohd Aqil, ruang di dalam rumah lama-kelamaan tidak muat untuk tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Difahamkan, ketika ini ketiga-tiga anak lelakinya duduk dalam satu bilik yang sama, manakala satu lagi bilik dihuni oleh Aqil dan isterinya dan satu lagi adalah bilik anak perempuannya.

“Anak-anak pun dah makin membesar, banyak barang keperluan mereka yang dibeli, nak letak barang pun dah tak tahu kat mana, sempit. Saya kesian tengok anak-anak lelaki yang terpaksa tidur dalam keadaan yang tidak selesa.

“Lagi pulak rumah saya ni biasanya akan dikunjungi ahli-ahli keluarga dari kampung, jadi bila mereka datang ramai-ramai penuh la satu rumah ni,” ujarnya.

Dia yang kini berusia 46 tahun berkata rumah yang mempunyai tiga bilik itu dibeli dengan hasil titik peluhnya. Jadi, dia sedikit sebanyak mempunyai rasa menyesal kerana terburu-buru membeli rumah tanpa meneliti setiap kemungkinan

Aqil dalam masa yang sama menasihatkan orang ramai untuk membuat pilihan yang tepat sebelum membeli rumah.

“Janganlah jadi macam saya, fikirkan ke depan nanti, rumah ni ada banyak jenis, takpelah ambil masa lama pun untuk decide asalkan tak menyesal kemudian hari sebab kita kalau boleh duduk lama kan”

“Ni based on saya research baru-baru ni ada 3 jenis rumah yang sesuai ikut family dan gaya hidup korang,” katanya.

3 jenis rumah korang patut pertimbangkan dahulu

Aqil berkata tiga jenis rumah yang boleh dipertimbangkan oleh anda adalah rumah Semi d, kluster atau teres yang besar.

Kenapa rumah-rumah ini sesuai untuk yang berkeluarga? Ini yang anda kena tahu.

Semi D

Semi Detached atau lebih dikenali sebagai semi D adalah rumah berkembar yang mempunyai dua kediaman berasingan. Ia nampak sama dengan rumah teres tetapi mempunyai perbezaan utama iaitu kedua-dua kediaman tersebut tidak bercantum.

Bagi rumah jenis ini, ia sesuai untuk anda yang inginkan privasi dan eksklusiviti bersama ahli keluarga. Jika anda sekeluarga suka mengadakan majlis atau keramaian, ia sangat sesuai kerana mempunyai ruang yang luas. Hal ini kerana ia mempunyai satu bahagian rumah yang terpisah dan membolehkan anda untuk menikmati ruang dalaman dan luaran yang besar.

Selain itu, reka bentuknya yang eksklusif juga akan menambat hati sesiapa saja. Ia menampilkan susun atur elegan dan kemasan yang premium, sesuai untuk anda yang mempunyai cita rasa mewah.

Contoh rumah semi D yang sesuai dengan ciri ini adalah yang dibangunkan oleh Suria Heights. Manakan tidak, rumah berkembar itu mempunyai saiz lot 38’ x 85’ dan saiz binaan yang bermula dari 3,426 kaki persegi. Jadi ia sangat sesuai untuk anda yang ingin mempunyai ruang privasi tetapi boleh melakukan majlis yang besar untuk ahli keluarga dan sanak saudara.

Menariknya juga, ia dilengkapi dengan modul pencahayaan tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai penghawa dingin melalui sistem bersepadu, kawalan peranti rumah pintar melalui arahan suara dan teknologi kunci pintar.

Rumah semi D Suria Heights juga mempunyai CCTV di kawasan tersebut untuk tujuan pemantauan keselamatan yang lebih baik. Ia juga mempunyai sistem penggera keselamatan, air panas solar dan pengecas khusus untuk kenderaan elektrik.

Maknanya, rumah ini menggabungkan kemewahan, kehidupan pintar dan kelestarian yang sesuai untuk keluarga moden atau profesional yang mencari gaya hidup sofistikated dan mesra alam.

Kluster

Rumah kluster adalah jenis rumah yang lebih besar dari rumah teres dua tingkat. Menjadikannya kelihatan sangat luas dan premium.

Walaupun hidup dalam satu komuniti yang besar, ia tetap mempunyai privasi yang tersendiri dengan sentuhan mode yang unik.

Di Malaysia, rumah kluster adalah hartanah yang menggabungkan ciri-ciri terbaik bagi rumah berkembar. Ia biasanya terdiri daripada empat rumah semi D yang dihubungkan bersama dan berkongsi separuh dinding di belakang dan satu sisi sementara mempunyai ruang terbuka di sisi lain.

Sebagai contoh, rumah kluster dua tingkat yang dibina oleh Suria Heights adalah bersaiz 35’ x 70’ – 80’ dan mempunyai keluasan 2,814 kaki persegi. Tidak hairan jika ia mempunyai reka letak yang inovatif dan bentuk mesra luar yang membolehkan anda melakukan aktiviti barbeku bersama keluarga.

Antara kemudahan lain yang ada adalah fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak dan gim. Selain itu, ia juga mempunyai ciri rumah pintar dari segi modul pencahayaan, penghawa dingin dan kunci digital.

Rumah jenis ini memupuk semangat setiakawan dan kekitaan secara semula jadi. Walaupun anda berada dalam komuniti yang saling mengenali, ruang peribadi anda tidak akan ‘diceroboh’. Justeru, ia sangat sesuai untuk memupuk saling kebersamaan dalam kalangan keluarga masing-masing.

Teres 2 tingkat

Melihat kepada situasi yang dialami oleh Aqil, mungkin ramai yang ragu-ragu untuk membeli rumah teres. Bagaimanapun, tidak semua rumah teres mempunyai ruang yang sempit kerana ia bergantung kepada keluasan tanah dan bagaimana anda memanfaatkannya.

Seperti rumah teres dua tingkat Suria Heights yang mempunyai saiz lot 22’ x 75’ dengan keluasan binaan bermula dari 2,500 kaki persegi. Dengan harga RM700,999, ia mempunyai pelbagai kemudahan yang moden dan pintar sama seperti rumah semi D dan kluster.

Rumah teres ini memenuhi keperluan anda yang mahukan pelaburan pintar dan ruang yang selesa untuk pulang ke rumah selepas seharian sibuk di luar.

Ia mempunyai ruang tamu yang dioptimumkan menerusi susun atur yang selesa bukan sahaja untuk individu malahan untuk keluarga yang mempunyai anak ramai. Dalam masa yang sama, ia juga kebiasaannya menawarkan akses yang mudah ke sekolah, kedai dan hab rekreasi.

Justeru, rumah teres ialah pilihan yang bijak bagi anda yang ingin mengimbangi kemampuan dengan keselesaan.

Jadi, anda boleh melakukan ‘kajian’ untuk memilih rumah sesuai mengikut keperluan anda dan seisi keluarga.

Kenapa perlu pilih Suria Heights?

3 anak kongsi bilik

Bagi yang belum tahu, Suria Heights terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan jalan utama Bandar Sri Sendayan. Selain membawa semangat kehidupan moden yang tenang, Suria Heights juga bukan sekadar tempat tinggal tetapi menjadi gaya hidup.

Suria Heights juga menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan berbeza sama ada anda sedang membina keluarga, seorang profesional yang mencari tempat percutian yang tenang atau pelabur yang bijak.

Ini sebab anda perlu pilih Suria Heights:

1. Kehidupan berinspirasi alam semula jadi

Di tengah komuniti ini terdapat taman tasik seluas 4.6 ekar yang menakjubkan, memberikan penduduk suasana yang damai untuk bersantai dan beriadah.

2. Kelestarian Moden

Kehidupan mesra alam dengan ciri-ciri seperti pemanas air solar, sistem penuaian air hujan dan poin pengecas EV.

3. Teknologi Pintar Terkini

Anda juga boleh merasai kemudahan dengan ciri rumah pintar seperti kunci digital, pencahayaan automatik, dan sistem keselamatan yang canggih.

 

4. Komuniti yang Berkembang

Dengan pembangunan komersial yang dirancang dan hospital yang dicadangkan berdekatan, Suria Heights juga adalah sebuah komuniti dengan potensi pertumbuhan dan nilai masa depan yang menjanjikan.

5. Dikelilingi Rekreasi Bertaraf Tinggi

Suria Heights turut dikelilingi pilihan rekreasi premium, termasuk Kelab Golf Sendayan yang terkenal, juga dikenali sebagai Kelab Rekreasi Angkatan Tentera (KRAT). Sama ada anda peminat golf atau sekadar menikmati ketenangan ruang hijau, kedekatan dengan kelab eksklusif ini meningkatkan daya tarikan gaya hidup bagi penduduk.

Kemudahan rekreasi turut dilengkapi dengan d’Tempat Country Club milik Matrix, sebuah kelab seluas 380,000 kaki persegi yang hanya beberapa minit pemanduan. Kelab ini menawarkan pelbagai kemudahan bertaraf tinggi seperti kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang badminton, tenis meja, skuasy, dewan bankuet, bilik spa, bilik mesyuarat, dan banyak lagi.

Di samping itu, anda juga boleh ke X Park Sendayan seluas 34 ekar yang menjadi destinasi hiburan luar terbesar di Negeri Sembilan yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi.

Suria Heights juga berdekatan dengan beberapa institusi pendidikan awam dan swasta. Antaranya ialah Matrix Global Schools yang menawarkan kemudahan seluas 20 ekar, dari prasekolah nasional & antarabangsa hingga peringkat menengah. Ia menyediakan kurikulum tempatan (KSSR & KSSM) serta sukatan pelajaran Cambridge (IGCSE).

Bagus juga sebenarnya Aqil berkongsikan kesilapan yang dilakukannya, supaya kita tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Buat pilihan yang bijak sebelum membeli rumah, fikirkan juga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Suria Heights atau hubungi 1800882688.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.