Siakap Keli
pemandu lori rentung
Gambar: BERNAMA

Pemandu Lori Rentung Dalam Nahas Di Jalan Bintulu-Miri

Pemandu Lori Rentung Dalam Nahas Di Jalan Bintulu-Miri

BINTULU, 17 Jan (Bernama) — Pemandu lori membawa muatan batu rentung setelah kenderaan dipandunya melanggar lori kayu balak sebelum terbakar di Kilometer 38.6, Jalan Bintulu-Miri dekat sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata panggilan kecemasan diterima kira-kira 10.01 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya mereka di tempat kejadian, didapati sebuah lori membawa muatan batu melanggar bahagian belakang lori kayu balak menyebabkan lori membawa batu berkenaan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Api berjaya dipadamkan dan mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu lori balak itu tidak dapat dikesan di lokasi kejadian.

BACA: Video Tular Kakitangan Puspakom Ditampar Pelanggan Berlaku November Lepas

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.