Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kru one more time
Tiada Kategori

Persembahan Vokal KRU Menyerlah Dalam Lagu “One More Time”

Nurul Naqiyah

Persembahan Vokal KRU Menyerlah Dalam Lagu “One More Time”

17 Januari 2025, Kuala Lumpur. KRU meneruskan legasi muzik mereka sebagai penyanyi/komposer/penerbit (singer/songwriter/producer) tersohor tanahair dengan pelancaran single kedua dari album “Kaset” berjudul “One More Time”. Lagu ini disampaikan dengan penuh emosi oleh KRU membuktikan kematangan Norman, Yusry dan Edry bagi penyampaian vokal dalam sesebuah lagu.

“One More Time” merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Norman, Yusry, dan Edry yang mengekalkan DNA muzik R&B KRU era 90-an yang masih menyengat sehingga kini. Lagu ini mengisahkan kekecewaan seorang insan yang sekali lagi gagal dalam percintaan dan hanya mampu bergembira dalam kesedihan melihat bekas kekasihnya hidup bahagia dengan orang lain.

KRU juga meneruskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk kembar digital (DigitalTwin) mereka dalam video muzik “One More Time”. Menariknya, melalui video muzik ini peminat berpeluang menyaksikan transformasi wajah KRU dari masa lalu, kini, dan masa depan, memberikan pengalaman emosi yang unik.

kru one more time

Menurut Kenny Ong, Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Sdn Bhd “KRU sememangnya artis serba boleh bukan saja dari sudut nyanyian, penciptaan dan penerbitan lagu tetapi juga dalam penggunaan teknologi terkini bagi penceritaan sesebuah lagu melalui video muzik. Kami percaya video muzik “One More Time” akan memberi kesan yang mendalam kepada penonton malah lagu ini juga bakal menjadi salah satu lagu klasik KRU yang akan kekal relevan untuk puluhan tahun yang akan datang.”

Sebelum ini, KRU telah mengeluar single pertama dari album “Kaset” berjudul “Voodoo”. “Voodoo” telah mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Malaysia, tetapi turut mendapat sambutan hangat dari negara-negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Muzik video “Voodoo” di YouTube telah mencecah lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh singkat dan telah berjaya memikat pengikut baru KRU daripada generasi Alpha.

“Sememangnya ini merupakan tradisi KRU mengeluarkan lagu balada selepas single pertama yang rancak. Ramai peminat kami menantikan lagu “One More Time”. Kami berharap lagu ini akan mendapat sambutan baik dari peminat sekaligus mengekalkan momentum pemasaran album “Kaset” apabila dikeluarkan tidak lama lagi.” ujar Norman mewakili KRU. “One More Time” boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, dan YouTube Music mulai 17 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti akaun rasmi YouTube, Instagram, TikTok, dan Facebook KRU.