Siakap Keli
Haaland gaji seminggu

Haaland: Dari Kelab Kerdil Norway ke Gaji RM2.7 Juta Seminggu

Haaland: Dari Kelab Kerdil Norway ke Gaji RM2.7 Juta Seminggu

Erling Braut Haaland jejaka Norway yang lahir tanggal 21 Julai 2000 di Leeds, England.

Jangan tanya SK kenapa beliau tak mahu mewakili England sebab ini hal jati diri dan asal usul.

Haaland mulakan karier beliau di sebuah kelab kecil yang tidak beraksi di liga utama Norway iaitu Bryne.

Selepas itu, berhijrah pula ke sebuah lagi kelab kecik dari Norway iaitu Molde FK.

Haaland gaji seminggu

Red Bull Salzburg menjadi kelab pemula Haaland bermain di liga utama Austrian sehingga layak beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

Tak lama di Austria, Borussia Dortmund pula tempat Haaland melebarkan sayap ke liga utama Eropah.

Mencipta sensasi dengan 62 gol dalam 67 perlawanan, Arab Money “terketar-ketir” melihat keunggulan Haaland di pentas Eropah.

Man City tak menunggu lama, dengan bermodalkan €60 juta (RM278 juta) ia ibarat duit beli jajan dan terus menyambar Haaland sebagai penyerang utama mereka.

Masuk tahun kedua bersama City, Haaland telah menjaringkan 79 gol dalam 87 perlawanan dalam semua kejohanan.

Man City setuju dengan Haaland untuk kontrak sehingga 2027 dari 2022, bermakna 5 tahun Haaland menjadi milik City.

Kontrak 9 Tahun

Tapi baru tahun kedua, hari ini City mengejutkan bola sepak dunia dari Perlis sampai ke Sabah dengan kontrak baharu sehingga tahun 2034.

Ya, kontrak 9 tahun 6 bulan dengan gaji £500,000 (RM2.7 juta) seminggu.

Haaland gaji seminggu

Kalau korang beli kereta tahun ni, dah habis bayar pinjaman baru habis kontrak Haaland dengan City.

Ini juga bermakna, Haaland bakal menerima sekitar £26 juta (RM 148.2 juta) setahun jika dia melengkapkan kontraknya.

Tanpa mempedulikan 115 dakwaan yang dihadapi City, gaji Haaland ini adalah paling tinggi dalam sejarah kelab.

Ini juga antara rekod gaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris dan tempoh kontrak paling panjang.

Fakta menarik, gaji pertama Haaland sebagai pemain profesional hanya sekitar 60,000 NOK (RM27,000) sebulan ketika usia 16 tahun.

Tapi hari ini ketika usia 24 tahun, hanya berbeza 8 tahun sahaja Haaland membuktikan beliau layak menerima gaji sesedap ini.

Man City juga tidak teragak-agak untuk mengikat Haaland yang masih muda untuk bermain di Etihad dalam tempoh yang panjang.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.