Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
tiga mati samun
Kredit: Bernama

Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Disyaki Samun, Curi Kenderaan

Azizah Najib

Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Disyaki Samun, Curi Kenderaan

RAWANG, 18 Jan (Bernama) — Polis menembak mati tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Emerald di sini tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, polis cuba menahan ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Vios di kawasan itu, namun mereka meloloskan diri dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Polis telah mengejar kereta suspek sejauh kira-kira 750 meter dari lokasi mereka ditahan sebelum kesemua suspek ditembak mati,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata dua daripada suspek ialah warga tempatan berumur 40 dan 43 tahun manakala identiti seorang lagi lelaki belum dapat dikenal pasti kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Mohd Shuhaily berkata suspek dipercayai terlibat dalam 17 kes kecurian bagi tempoh 18 hari tahun ini di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang dengan kebanyakannya membabitkan kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata modus operandi suspek ialah menggunakan kenderaan yang disewa sebelum menukar nombor pendaftaran kenderaan terbabit dengan nombor palsu.

“Hari ini mereka didapati telah menyewa sebuah kenderaan dan telah menukar nombor pendaftarannya. Kita percaya mereka dalam usaha untuk melakukan satu lagi jenayah hari ini,” katanya.

Menurut Mohd Shuhaily, polis turut menemukan antaranya dua pucuk pistol, dua bilah parang, satu unit nyahaktif penggera keselamatan kenderaan, lima set nombor pendaftaran kenderaan dipercayai palsu dan satu peket dadah dipercayai syabu di dalam kenderaan terbabit.

BACA: Tiga Ditahan Susulan Kes Pukul OKU Di Pasar Tani

Sumber: Bernama