Siakap Keli
Tahanan Palestin Dibebaskan
Gambar: Xinhua

90 Tahanan Palestin Dibebaskan Pada Hari Pertama Gencatan Senjata

90 Tahanan Palestin Dibebaskan Pada Hari Pertama Gencatan Senjata

JERUSALEM — Seramai 90 tahanan Palestin telah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, lapor Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perkhidmatan Penjara Israel pada hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka dibawa menggunakan pengangkutan bas selepas bertolak dari penjara tentera Israel di Ofer berhampiran Baitulmaqdis semalam.

Sementara itu, tiga tebusan Israel turut dilepaskan pada hari yang sama.

Memetik Astro AWANI, perjanjian gencatan senjata itu dilakukan secara tiga peringkat, dengan fasa pertama selama enam minggu.

Perkara ini membolehkan tebusan yang ditahan oleh Hamas akan ditukar dengan tahanan yang ditahan oleh Israel.

Setakat ini, 33 daripada 98 tebusan Israel masih berbaki dalam untuk dibebaskan dalam fasa pertama.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan pada petang Rabu kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam sidang media yang diadakan di Doha, Mohammed berkata fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) “akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu” dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Menteri Qatar itu turut menyuarakan harapannya agar “tiada operasi ketenteraan akan dijalankan dalam tempoh menjelang pelaksanaan perjanjian itu.”

Sumber: XinhuaAstro AWANI

BACA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hari Ini – METMalaysia

BACA: Gencatan Senjata: Puluhan Terbunuh Serangan Di Gaza

BACA: Gencatan Senjata Gaza Bermula 8.30 Pagi Ahad – Qatar

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: