Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Sekeluarga Hilang Telah Pulang Ke Rumah – Polis

Hannah
Suspek tembak Setia Alam
Sumber: BERNAMA

Lima Sekeluarga Hilang Telah Pulang Ke Rumah – Polis

SEPANG, 20 Jan (Bernama) — Lima sekeluarga, iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak mereka yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas telah pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima maklumat daripada adik kepada wanita berumur 37 tahun yang didakwa hilang bersama suami dan tiga kanak-kanak, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan, bahawa kesemua mereka telah pulang ke rumah kira-kira 11.50 malam tadi.

“Pihak polis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membantu sehingga mangsa ditemukan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan kesemua mereka telah keluar dari sebuah rumah di Persiaran Rimba Permai, Sepang dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Alza WWT 8248 berwarna kelabu pada 11.30 malam, 17 Jan lepas.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kehilangan mereka dengan pengguna Instagram hudaamirhamzah, adik kepada wanita berkenaan turut memuat naik perkembangan mengenai insiden berkenaan di laman sosialnya.

Semakan dalam laman Instagram itu mendapati pengguna berkenaan turut menzahirkan penghargaan kepada pihak polis dan orang ramai yang membantu menyelesaikan kes kehilangan kakaknya sekeluarga.

BACA: Seorang Maut, Lima Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Batu Pahat

BACA: 90 Tahanan Palestin Dibebaskan Pada Hari Pertama Gencatan Senjata

BACA: TikTok Kembali Beroperasi Selepas Trump Mahu Pengguna Saksikan Pelantikannya

Sumber: BERNAMA