Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
kenderaan tahun baharu cina
Gambar: Bernama

2.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Tahun Baharu Cina 

Iqbal Yasir

2.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat ketara mencecah 2.6 juta kederaan sehari menuju pantai timur, utara dan selatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun berkata sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utara selatan, 198,000 ( Lebuhraya KL-Karak), 82,000 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1), 48,000 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2) dan 120,000 menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

“Pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota sempena cuti panjang akan meningkat bermula 24 hingga 28 Jan ini manakala aliran trafik kembali ke ibu kota dijangka bertambah pada 1 hingga 2 Feb,” katanya dalam kenyataan.

Bagi mengurangkan kesesakan pihaknya telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya agar tidak melaksanakan sebarang penutupan lorong kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula esok hingga 3 Feb, mengaktifkan smart lane di 25 lokasi hotspot kesesakan di lebuhraya utara selatan, menambah baik pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan, pengaktifan laluan tidal serta penambahan kaunter bayaran tol menggunakan portable reader.

“Pihak PLUS juga telah menyediakan kira-kira 50 tandas sementara daripada jenis kabin yang lebih selesa berbanding tandas ’portable’ konvensional di Lebuhraya Utara Selatan untuk menampung keperluan pengguna semasa musim perayaan ini,” katanya.

Sazali turut menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) oleh pihak AFA Prime bagi Lebuhraya KL – Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik (TMC), LLM di talian 1–800–88–7752 untuk mendapatkan bantuan atau layari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my dan WhatsApp Channel LLM Info Trafik untuk maklumat keadaan trafik.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ini Sebab Kenapa Jersi Pemain Bola Sepak Berubah Dari ‘Baggy’ Kepada ‘Fit’

BACA: Segak Berbaju Melayu, Jojo Curi Perhatian Ramai Ketika Face-Off Panda Kick