Adik Kepada Ustaz Syamsul Debat Meninggal Dunia
Adik kepada Syamsul Amri Hj Ismail atau Ustaz Syamsul Debat, Syamsul Hafiz Hj Ismail dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita duka tersebut disampaikan sendiri oleh pendakwah bebas itu menerusi akaun TikToknya, @syamsuldebatofficial.
“Adalah dimaklumkan bahawa adinda kesayangan saya iaitu Syamsul Hafiz bin Hj Ismail telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8.20 malam tadi.
“Sesungguhnya ini merupakan suatu kehilangan yang sangat besar bagi diri saya sendiri begitu juga buat keluarga saya, lebih-lebih lagi isteri dan anak-anaknya.
“Allahyarham dijangka akan dikebumikan esok di Bagan Serai, Perak dalam selepas Zohor.
“Mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh adinda saya ini diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Rabb…” maklum Ustaz Syamsul Debat.
BACA: Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai
BACA: Pelakon Bollywood Terkenal Cedera Parah ‘Diserang’
BACA: Khabib Perjelas Isu Dihalau Keluar Dari Pesawat
Sumber: TikTok @syamsuldebatofficial