Siakap Keli
X-ray ratusan bintik putih
Sumber: X @EM_RESUS

Doktor Kongsi Imej X-Ray Tubuh Pesakit Dipenuhi Ratusan Bintik Putih

Doktor Kongsi Imej X-Ray Tubuh Pesakit Dipenuhi Ratusan Bintik Putih

Seorang doktor yang pakar dalam radiologi kecemasan dan kardiovaskular mencuri perhatian ramai apabila memuat naik imej X-ray yang ‘mengejutkan’ di media sosial.

Imej X-ray tersebut memaparkan ratusan bintik putih di sekitar kawasan pelvis pesakit. Difahamkan, ia sebenarnya adalah telur cacing pita (tapeworms) yang telah terkalsifikasi di tisu lembut tubuh pesakit.

Pesakit tersebut hanya mengetahui keadaannya setelah menjalani X-ray akibat merasa sakit di bahagian pinggul selepas terjatuh.

https://x.com/EM_RESUS/status/1879959988086755497?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1879959988086755497%7Ctwgr%5E866e6596355b4b5cc3e10ff6caa507a2061d4bce%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.odditycentral.com%2Fnews%2Fdoctor-shares-shocking-x-ray-of-person-infested-with-calcified-tapeworm-eggs.html

“Ini adalah keadaan yang dikenali sebagai cysticercosis, di mana larva cacing pita taenia solium (cacing pita babi) membentuk sista (ketumbuhan) dalam badan,” jelas doktor tersebut.

Bahaya telur cacing pita

Cacing pita lazimnya hidup di dalam usus manusia, menyerap nutrien daripada saluran penghadaman.

Namun, telur-telurnya boleh berpindah ke seluruh badan, termasuk otot, tisu lemak dan dalam kes yang lebih serius, otak.

Apabila telur ini terkalsifikasi di tisu lembut seperti otot atau lemak, ia tidak lagi aktif dan tidak berbahaya.

Tetapi jika ia terkumpul di otak, ia boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa dikenali sebagai neuro-cysticercosis.

Justeru, bagi mengelakkan risiko jangkitan cacing pita, doktor menyarankan orang ramai supaya tidak memakan daging babi atau ikan mentah yang tidak dimasak sepenuhnya.

“Telur ini boleh berpindah ke mana-mana bahagian badan, termasuk otot dan tisu lembut di kawasan pinggul dan kaki,” tambah beliau.

BACA: Doktor Terpaksa Bedah Abdomen Keluarkan Belut Hidup Gigit Usus Seorang Lelaki

BACA: Doktor Malar Kongsi Jumlah Air Sebenar Yang Diperlukan Badan

BACA: Doktor Ajar Teknik Untuk Buatkan Bayi Baru Lahir Berhenti Menangis

Sumber: Oddity Central

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.