Pelajar TVET GiatMARA Perlu Jalani Ujian Fardu Ain, Lancar Baca Al-Fatihah
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) meminta agar semua pelajar latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di GiatMara diwajibkan untuk melalui ujian asas fardu ain termasuk kelancaran bacaan al-Fatihah.
Menerusi hantaran DR ASYRAF WAJDI DUSUKI di Facebook, ujian khas itu diperkenalkan selepas pegawai-pegawai GiatMARA mendapati ada kalangan pelajar masih lemah dalam perkara asas fardu ain.
“Mungkin ada pihak memandang remeh, tapi daripada pengalaman pegawai GiatMARA ada pelajar yang tunggang langgang bacaan al-Fatihah mereka.
Pengerusi MARA minta pelajar latihan Tvet GiatMARA wajib jalani ujian fardu ain
“Jika al-Fatihah pun bermasalah, macam mana ibadat asas solat nak disempurnakan. Ini belum lagi aspek fardu ain dan bacan al-Quran yang lain.
“Jika gagal, MARA akan buat program khas intervensi pengukuhan fardu ain,” ujar hantaran itu.
Dr Asyraf turut memaklumkan program intervensi ini akan dilaksanakan secara berstruktur bagi diintegrasikan dalam kurikulum dan silibus latihan kemahiran TVET.
Bagi memartabatkan agenda TVET, MARA wajib memikul tanggungjawab sebagai perintis dan peneraju program TVET berimpak tinggi.
Tekankan pembinaan yang menyeluruh
Dalam masa sama, institusi ini turut menekankan aspek pembinaan insaniah yang holistik dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi.
“Ini kerana MARA adalah institusi terbesar dalam penyedian program TVET dengan jumlah institusi sebanyak 270 IPMA yang menawarkan pelbagai kursus TVET termasuk 232 GiatMARA seluruh Malaysia,” kata Dr Asyraf lagi.
BACA: Trump Kerah 1,500 Tentera Ke Sempadan As-Mexico
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid0esc61rBTrUq6UdPFj2Q5sCFNwFYHYGCQW41Svh1Zkht3Swrd3TciqfeAQoRKfNbFl
BACA: Dua Rentung Rumah Terbakar, Kes Diklasifikasikan Semula Sebagai Bunuh