Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Negeri Diramal Alami Hujan Lebat Petang Ini

Azizah Najib
hujan petang
Kredit: Bernama

10 Negeri Diramal Alami Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 5 petang ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan seluruh negeri Pulau Pinang dan WP Labuan bakal menerima hujan lebat.

Keadaan di Perak menunjukkan hujan lebat bakal melanda hampir keseluruhan negeri. Antara daerah yang menerima amaran ialah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah. Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut tersenarai.

Terus ke Selangor, daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak juga dijangka hujan lebat.

Beralih ke pantai timur, daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah di Kelantan diramal alami hujan lebat. Begitu juga Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula, hanya daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman menerima amaran hujan lebat petang ini.

Dalam pada itu, keadaan di Pahang menunjukkan hampir seluruh kawasan bakal dilanda hujan lebat. MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di daerah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Terus ke Negeri Sembilan, hanya daerah Jempol dijangka menerima hujan lebat dan angin kencang.

Di selatan Semenanjung, hanya daerah Segamat, Kluang dan Mersing di Johor bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir petang ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bagi Kuching (Bau dan Kuching), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah pula, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka hujan lebat.

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di atas jalan raya. Pastikan anda tidak menghampiri lokasi berisiko ketika bercuti bersama keluarga.

BACA: Risau Lampu Beg Udara Sentiasa Menyala, Ini Puncanya

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)