Siakap Keli
lampu beg udara menyala
Kredit: Altimat Auto Garage

Risau Lampu Beg Udara Sentiasa Menyala, Ini Puncanya

Risau Lampu Beg Udara Sentiasa Menyala, Ini Puncanya

Rata-rata individu di Malaysia sekarang pernah menaiki kereta, sama ada milik sendiri mahupun milik orang lain. Ketika menaiki kereta, pasti anda perasan terdapat beberapa lampu yang menyala di bahagian papan pemuka pemandu.

Ada yang berwarna kuning, biru, hijau dan paling banyak berwarna merah. Kesemua lampu-lampu ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan perlu diketahui maksudnya oleh pemandu.

Sebelum ini, SK telah kongsikan kepada anda pelbagai sebab bagi pelbagai jenis lampu yang menyala di papan pemuka. Kali ini, SK ingin kongsikan pula kepada anda sebab dan punca bagi sejenis lagi lampu di papan pemuka.

Jangan pandang remeh, lampu beg udara tidak sepatutnya menyala berterusan. Ini kerana jika ya, berkemungkinan beg udara kereta anda tidak akan berfungsi jika berlaku kemalangan. Perkara ini boleh menyebabkan kecederaan parah kepada anda dan penumpang yang lain.

Ikuti perkongsian Altimat Auto Garage berkenaan punca lampu ini menyala.

Punca lampu airbag menyala tanpa henti

Pertama sekali, lampu ini akan menyala apabila sensor lampu beg udara anda rosak. Menurut salah seorang pomen di bengkel tersebut, sensor ini boleh rosak pada bila-bila masa sahaja.

Punca kedua ia menyala berterusan apabila modul beg udara kereta telah ditenggelami air.

“Kalau pernah air banjir naik, boleh menyebabkan lampu ini menyala sebab benda ni selalunya ada dekat bahagian bawah kereta. Jadi kalau tenggelam air, rosaklah dia,” jelas pomen tersebut.

Punca ketiga pula adalah disebabkan cable clock spring kereta anda sudah haus. Cable clock spring ada di bahagian stereng kereta dan berfungsi membolehkan stereng kereta dipusing sambil mengekalkan aliran elektrik. Aliran elektrik ini penting untuk kegunaan aksesori seperti hon, beg udara dan kawalan audio di stereng.

Akhir sekali, punca lampu ini menyala ialah bateri kereta anda habis. menyebabkan bateri sokongan untuk airbag pun tak berfungsi

“Bila bateri habis, boleh jadi punca bateri sokongan airbag kereta korang pun tak berfungsi,” tambahnya.

Jadi, itulah empat punca mengapa lampu merah ini sentiasa menyala. Bukannya tanpa sebab tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda periksa supaya ia tidak membahayakan nyawa anda.

@altimatautogarage

Kan dah cakap jangan biarkan lampu airbag kereta tu menyala !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelrepair #bengkelserviskereta #bengkelservis #bengkelaircond #bengkelaircondkereta #bengkelrepairaircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #bengkelservisaircondkereta #aircondkeretabaubusuk #aircondkeretapanas #bengkelserviceaircondkereta #automotifmalaysia #aircondkeretabocor

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

BACA: Lampu Amaran Masih Menyala Walau Dah Turunkan “Hand Brake”? Ini Puncanya

Sumber: Altimat Auto Garage, L&D Solutions Inc

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.