Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Maut, Empat Cedera Dalam Kejadian Tembak Di Morib

Athirah
Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM, 24 Jan (Bernama) — Polis mengesahkan seorang maut dan empat cedera dalam kejadian tembak di pantai Morib, Kuala Langat dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa maut di tempat kejadian manakala empat yang tercedera kini dirawat di hospital di Klang dan Serdang.

“Ya, satu kejadian tembak telah berlaku dipercayai di sekitar pantai Morib awal pagi tadi melibatkan seramai lima orang mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semua mangsa dipercayai warga asing namun identiti mereka belum diperoleh.

Hussein berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang.

Sumber: BERNAMA