Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Arab Saudi Rancang Pelaburan US$600
Kredit: Bernama

Arab Saudi Rancang Pelaburan US$600 Bilion Untuk Tingkatkan Hubungan Dengan AS

Athirah

Arab Saudi Rancang Pelaburan US$600 Bilion Untuk Tingkatkan Hubungan Dengan AS

KUALA LUMPUR (Bernama) — Arab Saudi merancang untuk meluaskan pelaburan dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat tahun akan datang yang dianggarkan bernilai US$600 bilion dan mungkin lebih daripada itu.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), perkara itu antara topik yang dibincangkan oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman semasa panggilan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada petang Rabu.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan peluang kerjasama antara Arab Saudi dan AS untuk menggalakkan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di Timur Tengah selain meningkatkan kerjasama dua hala untuk memerangi keganasan.

Mereka juga membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan dalam pelbagai bidang, dan Putera Mahkota menekankan keupayaan pentadbiran AS untuk mencipta kemakmuran dan peluang ekonomi yang tidak pernah berlaku melalui pembaharuan yang dijangka di Amerika Syarikat.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk turut serta dalam peluang perkongsian dan pelaburan ini.

Semasa panggilan itu, Putera Mahkota turut berkenan menyampaikan ucapan tahniah daripada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan mengucapkan tahniah secara peribadi kepada Presiden Trump atas pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau turut mendoakan rakyat Amerika mencapai lebih banyak kemajuan dan kemakmuran di bawah kepimpinan Trump.

Sementara itu, Trump menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota atas ucapan tahniah mereka. Beliau menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam semua perkara yang memberi manfaat kepada kepentingan kedua-dua negara.

BACA: Dewan Filharmonik Petronas Batalkan “Show” Harith Iskander 25 Januari Ini

Sumber: Bernama