Jojo Tak Patah Semangat, Tekad Terus Berlawan
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berikrar akan terus berlawan dan tidak berputus asa walaupun menghadapi kekalahan dalam perlawanan malam tadi.
Johan atau lebih mesra dipanggil Jojo meluahkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Dia juga mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadapnya.
“Alhamdulillah, hanya satu cabaran kecil dalam perjalanan saya. Saya akan kembali. Terima kasih semua atas sokongan anda,” ucapnya.
Menerusi temubual bersama kru Era FM, Jojo turut menunjukkan semangatnya untuk bertarung kembali di perlawanan seterusnya.
“Terima kasih semua atas sokongan. Jojo dah buat yang terbaik, Jojo tak nak bagi alasan apa-apa. Perlawanan seterusnya kita buat lagi, tak akan berputus asa. Kita teruskan berlawan.
“Agi idup agi ngelaban. Selagi aku hidup selagi itu aku berlawan,” ucapnya.
https://www.instagram.com/p/DFOomPdSAE5/?utm_source=ig_web_copy_link
BACA: Jojo Tewas Kepada Estupinan Menerusi Keputusan Pengadil
Malam tadi, Jojo tewas kepada lawan, Johan Estupinan dalam ONE 170 yang berlangsung di Bangkok. Jojo yang mewakili Rentap Muaythai Gym tewas menerusi keputusan pengadil selepas tiga pusingan.
Bertemu pihak lawan yang dikatakan petarung baharu paling menghiburkan itu, Estupinan tidak membayangi Jojo mempersembahkan aksi pertarungan yang mengagumkan penonton. Beberapa tumbukan padu sempat mendarat dan hampir menumbangkan Estupinan.
Kekalahan ini merupakan rekod kedua Jojo tewas dalam ONE Championship selepas pertembungannya bersama Nguyen Tran Duy Nhat ketika ONE 167. Ini menjadikan rekod pertarungan Jojo 6-2 selepas lapan kali menyertai kejohanan ini.
Imbas kembali, Jojo pernah menumbangkan pihak lawan dalam masa 16 saat sahaja dengan pukulan ‘knockout’ dalam perlawanan yang sama pada tahun 2023. Dengan usia muda dan ketangkasannya dalam berlawan, perjalanan Jojo dalam kejohanan ini dikatakan mempunyai peluang yang cerah.
Sementara itu, para peminat berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan Jojo yang seterusnya pada 22 Februari nanti. Dijadualkan bertarung dalam Kejohanan Antarabangsa Muay Thai Wilayah Pahlawan 2025, Jojo bakal muncul di Dataran Merdeka bagi bertemu atlet-atlet dari pelbagai negara.
https://www.facebook.com/siakapkeli/posts/pfbid02uQNzX5rJL337FRAG3ufPsy6JebFXvKuJnfipvR1FqVvkNFhdJg5yn9THQo438tGbl
BACA: Segak Berbaju Melayu, Jojo Curi Perhatian Ramai Ketika Face-Off Panda Kick
BACA Hanya 16 Saat, Jojo Tumbangkan Lawan Dengan Pukulan K.O Di One Championship
Sumber: Johan Ghazali, era.je