Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
adik-beradik strok bertemu
Kredit: TikTok @farezadnanofficial
Tiada Kategori

Terpisah Dua Negara, Adik-beradik Hidap Strok Menangis Dapat Bertemu

Athirah

Terpisah Dua Negara, Adik-beradik Hidap Strok Menangis Dapat Bertemu

Hubungan adik-beradik sememangnya satu hubungan yang tidak akan putus sampai bila-bila. Kasih sayang yang ditunjukkan pastinya tulus kerana kita menghabiskan sebahagian hidup dan membesar bersama-sama.

Apabila sudah dewasa, kita dan adik-beradik yang lain akan membawa haluan hidup bersama keluarga masing-masing.

Namun apabila kita dapat melewati usia senja bersama-sama, sudah tentu ia menjadi satu detik yang penuh emosi apabila dapat duduk dan berkumpul bersama sekali lagi.

Masing-masing hidap strok, adik-beradik menangis dapat bertemu

Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video ini apabila dua beradik warga emas tidak dapat menahan sebak ketika bertemu semula selepas hampir dua tahun terpisah.

Menerusi hantaran di TikTok penyanyi, Farez Adnan memuat naik video pertemuan antara bapanya dengan si adik di Narathiwat selepas agak lama tidak ke sana akibat masalah kesihatan.

“Ayah nak sangat balik kampung untuk tengok adik dia,” ujar @farezadnanofficial.

Menurut Farez, bapanya diserang penyakit strok pada 2023. Manakala bapa saudaranya yang dikenali sebagai Ayah Leh menghidap penyakit yang sama sejak 2019.

Farez berkata, hubungan bapa dengan adik-beradik yang lain sebenarnya cukup rapat. Malah, mereka juga kerap ke wilayah Thailand itu untuk bertemu dengan saudara-mara sewaktu ayahnya masih sihat.

Setelah sekian lama tidak bertentang mata, pertemuan kali ini menjadi begitu bermakna seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan.

Kedua-dua adik-beradik tersebut dilihat tidak dapat menahan emosi dalam diri lalu menitiskan air mata gembira kerana akhirnya mereka dapat bersua sekali lagi.

“Bila dah makin tua memang sensitif sikit”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut berasa sedih melihat situasi yang dihadapi oleh dua beradik warga emas tersebut.

Dalam masa sama, ada yang berkongsi kisah hampir sama dan mengakui bahawa perasaan orang berusia agak sensitif. Lebih-lebih lagi apabila mereka masing-masing berada dalam keadaan kurang sihat.

BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap

Sama-sama kita doakan agar ayah Farez dan bapa saudaranya diberikan kesembuhan serta kembali sihat seperti sedia-kala. Amin.

Sumber: @farezadnanofficial via TikTok