Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi

Air Pasang Besar: JPS Ramal 43 Kampung Berisiko Dinaiki Air

Athirah

Air Pasang Besar: JPS Ramal 43 Kampung Berisiko Dinaiki Air

KUALA TERENGGANU, 28 Jan (Bernama) — Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula pada 9 malam ini hingga 30 Jan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu Ir Osman Abdullah berkata limpahan air laut di pesisir pantai dan muara boleh menyebabkan banjir di kampung berhampiran dan tepi pantai sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang.

Beliau berkata di daerah Kuala Nerus, lokasi berisiko ialah Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu, Kampung Tanjung Gelam, Kampung Pulau Rusa, Kampung Pulau Sekati dan Kampung Pulau Ketam manakala di Kuala Terengganu pula melibatkan Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai dan Taman Purnama.

“Di daerah Dungun, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara, Kampung Che Lijah, Kampung Alor Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sungai Udang.

“Lokasi lain yang berisiko di Dungun ialah Kampung Kuala Paka, Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah, Kampung Durian Mentangau serta Kampung Sura,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata di daerah Besut, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail turut berisiko dinaiki air.

Selain itu, Osman turut menyenaraikan lima kawasan di daerah Marang yang akan terjejas iaitu Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Merchang dan Kampung Baru Pulau Rusa.

Kawasan berisiko di daerah Setiu pula katanya, merangkumi Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikri dan Kampung Telaga Papan.

“Di Kemaman, empat kawasan dijangka terjejas iaitu Kampung Baru Kemasik, Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati penduduk di kawasan terlibat supaya berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Katanya, walaupun kelajuan angin dijangka hanya sekitar 25 kilometer sejam (km/j), ketinggian ombak yang boleh mencapai lebih tiga meter boleh mendatangkan risiko kepada penduduk di sekitar kawasan pantai.

BACA: Nilai Pasaran Nvidia Jatuh Hampir USD600 Bilion Selepas DeepSeek Dilancarkan

Sumber: Bernama