Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Matahari' Buatan China
Kredit: Xinhua

‘Matahari Buatan’ China Cipta Rekod Baharu

Athirah

‘Matahari Buatan’ China Cipta Rekod Baharu

The Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) yang digelar ‘Matahari Buatan’ China dilaporkan berjaya mengekalkan operasi plasma tertinggi dalam keadaan tertutup selama 1,066 saat.

Menurut Xinhua, ia merupakan rekod dunia yang baharu dan menandakan satu kejayaan besar dalam usaha penjanaan tenaga pelakuran nuklear.

Kejayaan yang dicapai oleh Institut Fizik Plasma di bawah Akademi Sains China (ASIPP) itu memperbaiki rekod dunia iaitu 403 saat yang juga dicatatkan oleh EAST pada 2023.

Telah berusaha selama lebih daripada 70 tahun

Difahamkan, matlamat utama Matahari Buatan adalam untuk mencipta pelakuran nuklear seperti matahari dan menyediakan sumber tenaga bersih tanpa had kepada manusia.

Malah, teknologi tersebut juga bakal merealisasikan impian manusia untuk menerokai angkasa lepas melepasi Sistem Suria.

Menurut Xinhua, saintis-saintis di seluruh dunia berusaha selama lebih 70 tahun untuk mencatat kejayaan ini.

Matahari Buatan atau peranti pelakuran nuklear hanya boleh menjana tenaga elektrik apabila berjaya mencapai suhu lebih 100 juta darjah celcius, stabil untuk operasi jangka masa panjang dan boleh dikawal.

“Peranti pelakuran nuklear mesti mencapai oeprasi stabil pada kecekapan tinggi untuk tempoh selama ribuan saat untuk membolehkan peredaran plasma yang berterusan.

“Ia sangat penting untuk penjanaan tenaga berterusan di loji pelakuran nuklear masa depan,” kata Pengarah ASIPP, Song Yuntao.

Pada masa yang sama, Song turut menegaskan rekod yang dicatatkan oleh EAST merupakan satu pencapaian besar yang mewakili langkah penting ke arah pembangunan reaktor pelakuran.

Menaik taraf beberapa sistem EAST

Ketua Bahagian Fizik dan Operasi Eksperimen EAST, Gong Xianzu berkata pihak institut telah menaik taraf beberapa sistem EAST sejak pusingan eksperimen yang lalu.

Sebagai contoh, output kuasa sistem pemanas yang sebelum ini beroperasi pada kadar menyamai 70,000 ketuhar gelombang mikro sudah pun digandakan.

Peningkatan ini juga dicapai sambil mengekalkan kestabilan dan kesinambungan.

Sejak beroperasi bermula 2006, EAST telah menjadi platform ujian terbuka untuk saintis China dan antarabangsa menjalankan eksperimen dan penyelidikan berkaitan gabungan nuklear.

BACA: Terpisah Dua Negara, Adik-beradik Hidap Strok Menangis Dapat Bertemu

Sumber: Xinhua