Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Gambar AI
Tiada Kategori

Cecah Jutaan Dolar, Ini Lima Ubat & Rawatan Paling Mahal Di Dunia

Athirah

Cecah Jutaan Dolar, Ini Lima Ubat & Rawatan Paling Mahal Di Dunia

Memiliki tubuh badan yang sihat merupakan idaman setiap manusia. Untuk memastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan baik, banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan penekanan.

Paling utama, kita perlu menjaga pemakanan dengan mengamalkan diet yang seimbang sepanjang masa.

Apabila kita jatuh sakit, perjalanan kehidupan seharian pasti terganggu. Banyak perkara yang kita selalu buat akan tergendala.

Paling membimbangkan apabila sakit yang ditanggung berlarutan untuk tempoh yang panjang. Ketika itu, masalah lain pula yang timbul.

Salah satunya adalah soal kemampuan kewangan kita untuk menanggung kos rawatan yang mungkin boleh mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak fakta bahawa ada dalam kalangan kita memang dilahirkan dengan penyakit tertentu.

Ada di antara mereka berdepan dengan realiti yang lebih memilukan apabila terpaksa menanggung derita penyakit berkenaan sepanjang hayat.

Manakala kos rawatan atau ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit-penyakit ini pula boleh menelan jutaan ringgit.

Harga ubat atau rawatan ini sudah tentu diluar oleh jangkauan oleh kebanyakan daripada kita. Justeru kali ini, SK ingin berkongsi dengan anda semua lima ubat paling mahal di dunia.

5. Zynteglo

Zynteglo adalah terapi gen vektor lentiviral (rawatan satu kali) untuk pesakit thalassemia yang terpaksa bergantung dengan pemindahan darah.

Dibangunkan oleh syarikat Bluebird Bio, ubat ini bertujuan untuk mengurangkan atau menghapuskan keperluan pemindahan sel darah merah yang kerap oleh pesakit.

Menurut Now Patient, pesakit thalassemia yang mendapatkan rawatan ini perlu membelanjakan kira-kira $2.8 juta.

4. Skysona

Turut dibangunkan oleh Bluebird Bio, Skysona merupakan satu lagi terapi dalam senarai ubat paling mahal di dunia.

Dengan setiap rawatan menelan kos kira-kira $3 juta, Skysona memberi harapan kepada kanak-kanak lelaki yang menderita kepada yang menghidap adrenoleukodistrofi serebrum (CALD).

CALD merupakan penyakit gangguan genetik yang sangat jarang berlaku dan mempengaruhi sistem saraf.

Dengan mengubahsuai sel stem untuk membawa sel ALDP yang berfungsi, Skysona berfungsi untuk memperlahankan kemajuan CALD dan memperbaiki kehidupan pesakit.

3. Elevydis

Elevydis adalah rawatan terapi gen pertama untuk merawat pesakit pediatrik berusia 4 hingga 5 tahun yang menderita Duchenne muscular dystrophy (DMD) dengan pengesahan mutasi dalam gen DMD.

DMD adalah bentuk distrofi otot yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya lelaki, iaitu 1 dalam setiap 3,000.

Keadaan pesakit semakin teruk dari masa ke masa dengan jangka hayat purata adalah 27 tahun.

Dibangunkan oleh Sarepta Therapeutics, rawatan ini menelan kos kira-kira $3.2 juta.

2. Hemgenix

Dibangun secara bersama antara uniQure dan CSL Behring, Hemgenix adalah rawatan terapi gen untuk orang dewasa yang menderita hemophilia B.

Mereka yang menderita penyakit tersebut sering mengalami pendarahan pada bahagian sendi, otot dan organ dalaman yang menyebakan mereka mengalami kesakitan, bengkak dan sakit sendi yang melampau.

Kos untuk mendapatkan rawatan Hemgenix adalah kira-kira $3.5 juta.

1. Lenmeldy

Lenmeldy adalah rawatan terapi gen untuk kanak-kanak yang menderita metachromatic leukodystrophy (MLD).

Ia merupakan penyakit genetik yang memberi kesan pada bahagian otak dan sistem saraf akibat kekurangan enzim yang dikenali sebagai arylsulfatase A (ARSA).

Pesakit secara perlahan-lahan akan kehilangan kemampuan untuk bergerak, bercakap, makan dan melihat. Penyakit ini juga berpotensi membawa maut.

Untuk mendapatkan rawatan ini, pesakit perlu membelanjakan modal kira-kira $4.25 juta.

BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap

Sumber: LABIOTECH EU, Drugs.com