Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
kes tembak morib
Kredit: Bernama

Kes Tembak Di Morib: Polis Kesan Dua Lelaki Indonesia Hantar PATI Cedera Ke Hospital

Azizah Najib

Kes Tembak Di Morib: Polis Kesan Dua Lelaki Indonesia Hantar PATI Cedera Ke Hospital

SHAH ALAM, 31 Jan (Bernama) — Polis sedang mengesan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga pendatang asing tanpa izin ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas cedera dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Jan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada di dalam bot ketika kejadian.

“Kita percaya selain lima orang iaitu satu (suspek) yang meninggal dunia dan empat lagi (cedera) masuk hospital, ada lagi yang berada di dalam bot itu mengikut saiz bot serta percakapan daripada saksi.

“Kita percaya mereka baru nak keluar dari perairan Malaysia ke seberang sana (Indonesia) menggunakan laluan yang tidak sah,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

BACA: Anwar Jamin Siasatan Rapi, Telus Tentang Insiden Tembakan Di Tanjung Rhu

Hussein pada 24 Jan lepas mengesahkan seorang maut dan empat cedera dalam kejadian tembak di pantai Morib, Kuala Langat awal pagi 23 Jan dan mereka yang cedera dirawat di hospital di Klang dan Serdang.

Ia rentetan kes sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dilanggar oleh sebuah bot dipercayai milik suspek (mereka yang cedera) ketika menjalankan tugas rondaan perairan di Tanjung Rhu pada 3 pagi hari yang sama.

Dalam pada itu, Hussein berkata kesemua suspek dipercayai terlibat dalam penyeludupan manusia dan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata pihaknya hampir menyelesaikan siasatan kes itu dan telah merakam keterangan 14 pegawai serta anggota APMM.

“Dua daripada daripada empat suspek telah dirakam percakapan dan kes ini akan dirujuk ke pihak timbalan pendakwa raya (TPR) dalam masa terdekat untuk sebarang keputusan.

“Buat masa ini polis akan melengkapkan siasatan dengan siasatan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya.

Berhubung tindakan APMM melepaskan tembakan, Hussein berkata agensi tersebut mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sendiri untuk berbuat demikian sekiranya diancam.

Sumber: Bernama