Siakap Keli
KPDN
Kredit: @kpdn_perak via TikTok

KPDN Perak Dedah Cara Nak Tahu Isi Minyak Betul Ke Dapat Sama Dengan Nilai Dibayar

KPDN Perak Dedah Cara Nak Tahu Isi Minyak Betul Ke Dapat Sama Dengan Nilai Dibayar

Stesen minyak memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat sebagai penyedia bahan api yang menjadi keperluan asas bagi kenderaan.

Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan ketidakjujuran sesetengah pengedali stesen minyak bukanlah perkara asing dalam masyarakat.

Antara dakwaan yang selalu timbul adalah kuantiti minyak yang dijual kurang atau tidak menyamai nilai yang dibayar oleh pelanggan.

Contoh, pengguna membayar RM10 tetapi minyak yang diperolehi atau yang diisi ke dalam tangki kenderaan kurang daripada jumlah tersebut.

Dakwaan-dakwaan seperti di atas sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna, lebih-lebih lagi kepada mereka yang menjadi mangsa.

Betul ke isi minyak dapat sama seperti nilai yang kita bayar? Ini cara nak tahu

Lalu, apa panduan yang ada pada pengguna supaya mendapat mengelak daripada menjadi mangsa penipuan sesetengah pengendali stesen minyak yang tidak berintegriti ini?

Bagaimana kita mahu memastikan jumlah minyak yang kita dapat sama dengan RM yang kita bayar?

KPDN Perak melalui satu hantaran di TikTok berkata, antara yang boleh dilakukan oleh pengguna adalah melihat sama ada stiker penentusahan ada dilekatkan di stesen minyak yang mereka singgah.

Menurut KPDN Perak, setiap stesen minyak wajib melakukan proses penentusahan untuk setiap pam minyak supaya mempunyai ketepatan kuantiti. Penentusahan itu pula perlu dilakukan setiap tahun.

Jadi, anda boleh memilih untuk mengisi minyak di stesen minyak yang sudah membuat penentusahan dan belum tamat tempoh untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Semak pelekat penentusahan sebelum isi minyak

Sekiranya pengguna mendapati minyak yang diisi di sesebuah stesen minyak kurang daripada jumlah yang dibayar, pengguna boleh membuat aduan terus kepada KPDN.

Apabila aduan sudah diterima, KPDN akan melakukan pemeriksaan dan siasatan segera terhadap stesen minyak yang dinyatakan.

KPDN Perak kemudian menunjukkan proses siasatan termasuk alat sukatan yang digunakan untuk menyiasat dan menentukan sama ada sesebuah stesen minyak itu telah melakukan penipuan.

“Ianya digunakan untuk menentukan ketepatan setiap isi padu untuk tujuan perdagangan,” kata @kpdn_perak.

Alat ini diperbuat daripada bahan tahan karat seperti keluli dan dilengkapi dengan skala bacaan yang tepat. Alat itu juga dapat membandingkan isipadu bahan api yang dipam dengan nilai yang tertera pada pam.

KPDN Perak berkata, sekiranya bacaan pada meter melebihi ‘0’, ia bermakna cecair minyak adalah lebih, manakala cecair minyak yang berada di bawah bacaan ‘0’ adalah kurang.

Pengurangan minyak boleh berlaku antaranya disebabkan pengendali stesen minyak telah melakukan ubahsuai terhadap ‘lak’ pada alat elektronik di setiap pam.

BACA: Baru Tiba Di Besut, Lelaki Hiba Isteri Meninggal Terlibat Kemalangan Di Klang

@kpdn_perak

ISI MINYAK BETUL KE DAPAT NILAI SAMA DENGAN YANG KITA BAYAR? #PETROL #diesel #timbang #gas #kpdnperak #kitagempur #unitmedia_kpdnperak #fendyscreative

♬ original sound – KPDN PERAK – KPDN PERAK

Sumber: @kpdn_perak via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.