Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Baru Tiba Di Besut, Lelaki Hiba Isteri Meninggal Terlibat Kemalangan Di Klang

Athirah
isteri kemalangan besut
Kredit: @kakakbusteng via TikTok

Baru Tiba Di Besut, Lelaki Hiba Isteri Meninggal Terlibat Kemalangan Di Klang

Kehilangan keluarga tercinta adalah satu pengalaman yang paling berat dan pasti menguji ketabahan seseorang.

Kesan yang ditanggung bukan sahaja kehilangan mereka di depan mata, tetapi lebih perit lagi perasaan kosong yang bermain di dalam diri.

Apatah lagi jika perpisahan itu berlaku ketika kita berada di kejauhan, tidak sempat menatap wajah mereka yang pergi buat kali terakhir.

Setiap orang mungkin menghadapi kehilangan ini dengan cara yang berbeza. Namun satu perkara yang pasti, kesan mendalam yang ditinggalkan adalah sangat perit dan berat untuk ditanggung oleh sesiapa sahaja.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang menceritakan kisah seorang lelaki ingin membeli tiket bas di kaunter dalam keadaan menggigil dan menangis.

Menerusi video yang dikongsikan @kakakbusteng di TikTok, lelaki tersebut baru sahaja tiba di Besut, Terengganu dari Klang, Selangor.

Isteri meninggal dunia kemalangan, lelaki baru tiba di Besut hiba cari tiket nak balik Klang

Namun sebaik tiba disana, dia mendapat perkhabaran duka bahawa isteri dan anak-anaknya terlibat dalam kemalangan maut.

Difahamkan, isteri lelaki berkenaan meninggal dunia manakala anak-anaknya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Lelaki tersebut bergegas ke stesen bas berkenaan, kira-kira 4.20 petang, untuk mendapatkan tiket seawal mungkin untuk pulang semula ke Klang.

Malangnya, tiket bas perjalanan petang sudah pun habis dan trip seterusnya adalah pada pukul 8.30 malam.

Menjawab pertanyaan warga maya tentang perkembangan terkini kisah itu, @kakakbusteng memaklumkan bahawa lelaki berkenaan mengambil trip tersebut dan sudah bergerak ke Klang.

“Sedih tengok adik tu, kita hanya mampu tolong mana boleh saja. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini. Al-fatihah” ujarnya lagi.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki berkenaan.

Selain itu, ada yang memberitahu untuk meminta pertolongan daripada pemandu lori sekiranya berdepan kecemasan mendapatkan pengangkutan awam dengan segera.

“Jika terjadi perkara kecemasan macam ni tak ada bas, cari pemandu lori. Minta bantuan sebab mereka ada ‘group’ yang boleh bawakan kepada pemandu lain untuk bantu, tapi kecemasan sahaja,” katanya.

BACA: Bertembung Dengan Helikopter, Pesawat Terhempas Dalam Sungai Di Amerika

Sumber: @kakakbusteng via TikTok