Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bertembung Dengan Helikopter, Pesawat Terhempas Dalam Sungai Di Amerika
Sebuah pesawat penumpang dilapor terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Ronald Reagan Washington DC, kira-kira jam 9 malam (waktu tempatan).
Menurut BBC, pegawai tempatan memaklumkan bahawa pesawat itu menjunam ke dalam Sungai Potomac berdekatan lapangan terbang berkenaan.
Anggota penyelamat dengan menggunakan bot telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Naib Presiden Amerika Syarikat, James David Vance turut memuat naik satu hantaran di X yang berkongsi insiden kemalangan berkenaan.
Sementara itu, operasi pesawat dilapangan terbang tersebut turut dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan petugas kecemasan memberi respon terhadap insiden terbabit.
Tiada maklumat lanjut mengenai kes ini
Menurut BBC, pesawat dengan 78 tempat duduk penumpang itu dilapor berlanggar dengan sebuah helikopter ketika sedang menghampiri lapangan terbang.
Dalam pada itu, polis tempatan sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa helikopter yang terlibat dalam insiden berkenaan bukan milik mereka.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan insiden berkenaan termasuk status penumpang.
BACA: Dua Lelaki Cedera Dirempuh Dua Kenderaan Di Jalan Klang Lama
BACA: Tular Rakaman Bot Karam Ketika Pindahkan Mangsa Banjir Di Bintulu