Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Johor: 14 Daripada 56 Kerusi DUN Menyaksikan BN, PH Bertembung Satu Lawan Satu

14 daripada 56 Kerusi DUN
Kredit: Bernama

PRN Johor: 14 Daripada 56 Kerusi DUN Menyaksikan BN, PH Bertembung Satu Lawan Satu

JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Sebanyak 14 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan senarai yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses penamaan calon hari ini, sebanyak tiga DUN menyaksikan persaingan lima penjuru, 27 DUN tiga penjuru, manakala 12 DUN empat penjuru.

Saingan di DUN Machap melibatkan penyandang yang juga Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mewakili BN berdepan pencabar Muhammad Nur Hafiz Roslan daripada PH, manakala calon muka baharu Datuk Mohd Sumali Reduan (BN) pula berdepan dengan Abdul Razak Ismail (PH) di DUN Benut.

Di DUN Buloh Kasap, penyandang Datuk Zahari Sarip (BN) berdepan dengan Noraziah Mohd Razit (PH), manakala di DUN Bentayan pula menyaksikan pertembungan antara Chua Lee Huat (BN) dan Ng Yak Howe (PH).

DUN lain yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu ialah DUN Bekok, Tangkak, Yong Peng, Parit Yaani, Penggaram, Mengkibol, Tanjung Surat, Pulai Sebatang, Pekan Nanas dan Kukup.

Sementara itu, tiga DUN yang terlibat persaingan lima penjuru ialah DUN Puteri Wangsa yang melibatkan Dr Maszlee Malik (PH), Teow Chia Ling (BN), Sharifah Rashifa Syed Abdul Rashid Aljunied (Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Nicholas Paul Vincent (Bersama) dan Wang Wee Siong (Bebas).

Persaingan tiga penjuru di DUN Bukit Naning pula membabitkan Mohd Ghazali Sabari@Atan (BN), Md Ysahrudin Kusni (PH), Mohd Radzi Amin (PN), Iskandar Md Alias (Parti Bersama Malaysia (Bersama)) dan Jeganathan Subramaniam (Bebas).

Selain itu, DUN Bukit Batu menyaksikan persaingan antara Kumaran Rama Krishnan (BN), Chiong Sen Sern (PH), Tamili Gopalakrishnan (Bersama), Premanand Maniam@Supramaniam (MUDA) dan Kamaruzaman Ali (Bebas).

Sebanyak 12 kerusi menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan DUN Tenang, Simpang Jeram, Maharani, Paloh, Endau, Tiram, Johor Jaya, Permas, Stulang, Skudai, Kota Iskandar dan Bukit Permai.

Pertandingan tiga penjuru pula di 27 kerusi DUN, iaitu di Jementah, Pemanis, Kemelah, Bukit Kepong, Bukit Pasir, Gambir, Serom, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Raja, Senggarang, Rengit, Layang-Layang, Mahkota, Kahang, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Larkin, Perling, Kempas dan Senai.

Pada PRN Johor kali ini, BN dan PH masing-masing mempertaruhkan 56 calon, PN (33), Bersama (15), MUDA (empat), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang calon, manakala Bebas (enam). PRN Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai. Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor/.