Siakap Keli
mahar gaza

MAHAR Sokong Komitmen Malaysia Dalam Usaha Pembinaan Semula Gaza

MAHAR Sokong Komitmen Malaysia Dalam Usaha Pembinaan Semula Gaza

Kuala Lumpur, 31 Januari 2025 Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri, DatoSeri Anwar Ibrahim, mengenai komitmen Malaysia dalam membiayai pembinaan semula sekolah, hospital, dan masjid di Gaza. Inisiatif ini, seperti yang dilaporkan menzahirkan sokongan berterusan Malaysia terhadap rakyat Palestin

MAHAR menyokong sepenuhnya usaha murni ini dan komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, menggerakkan kepakaran, serta memastikan sumber yang diperlukan disalurkan dengan berkesan bagi menjayakan projek pembinaan semula ini

Selain pembinaan semula, MAHAR turut memberi penekanan kepada keperluan membantu rakyat Palestin yang berlindung di Malaysia. Organisasi ini menyeru supaya dokumen sah dan permit kerja diberikan kepada pelarian Palestin bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sementara menunggu pemulihan Gaza. Sokongan juga perlu diberikan kepada pelajarpelajar Palestin di Malaysia, yang keluarganya terjejas akibat konflik berterusan

mahar gaza

Melalui inisiatif Dapur Ihsan, MAHAR terus menyediakan makanan siap masak setiap hari kepada mereka yang memerlukan, di samping meneruskan penghantaran bekalan makanan dan bantuan penting kepada komuniti yang terkesan di Gaza

Encik Jismi Johari, Presiden MAHAR, berkata, “Usaha kemanusiaan bukan sekadar memerlukan keprihatinan, tetapi juga ilmu, strategi, dan kesediaan menghadapi cabaran di lapangan. MAHAR kekal teguh dalam misi membantu saudara kita di Palestin dan bersedia menyokong visi kemanusiaan Malaysia secara menyeluruh.” 

MAHAR akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan bantuan kemanusiaan yang lebih menyeluruh dan berkesan, sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.