Siakap Keli
Gambar: RSL

Ini Daftar 10 Pembelian Pemain Termahal Liga Arab Saudi

Ini Daftar 10 Pembelian Pemain Termahal Liga Arab Saudi

Liga Profesional Arab Saudi atau Roshn Saudi League (RSL) kini menjadi tumpuan ramai pemain bola sepak profesional untuk berhijrah ketika hujung peak performance mereka.

Apatah lagi, gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan, membuatkan ramai pemain bola ‘tewas’ bukan sahaja pemain yang sudah berusia malah yang baru memulakan karier bola sepak profesional mereka.

Seperti yang diketahui, Cristiano Ronaldo merupakan pelopor kepada sebahagian besar pemain bola sepak Eropah, untuk memilih untuk berhijrah ke kelab-kelab di bumi Arab.

Tahukah anda, sebenarnya Ronaldo bukanlah pemain termahal yang dibawa masuk ke liga ini, bahkan  tidak termasuk 10 teratas.

Jadi, SK hari ini akan kongsikan senarai 10 pembelian pemain termahal di liga Arab di bawah.

10. Roger Ibañez – €28.5m (AS Roma ke Al-Ahli)

Pemain Termahal Arab Saudi
Gambar: Ig Roger Ibañez

Potensi yang terserlah dalam diri bakat pemain kelab AS Roma, Roger Ibañez membuatkan Al-Ahli tertarik untuk mendatangkan pemain itu ke Jeddah.

Hasilnya, Al-Ahli sanggup membayar yuran perpindahan sebanyak €28.5 juta bagi mendapatkan pemain Brazil ini.

9. Jota – €29.1m (Celtic ke Al-Ittihad)

Gambar: Ig Jota

Pemain sayap Portugal, Jota yang bermain di kelab Celtic pula menjadi dambaan salah satu kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

Perpindahan pemain berbakat ini mengejutkan ramai pihak apatah lagi statistik permainannya yang cemerlang.

Dalam satu musim bersama Celtic, Jota mencatatkan 15 gol dan 12 assist pada usia 25 tahun.

BACA: Ini 5 Pemain Bola Sepak Paling Kaya, Nombor 1 Ramai Terkejut

8. Sadio Mané – €30m (Bayern Munich ke Al-Nassr)

Pemain Termahal Arab Saudi
Gambar: Ig Sadio Mané

Sadio Mané , salah seorang pemain yang sudah tidak asing lagi dalam pentas bola sepak dunia. Bekas bintang Liverpool itu berjaya dipujuk Al-Nassr untuk berpindah dari Bayern Munich dengan yuran perpindahan sebanyak €30 juta.

Pemain itu antara tonggak penting Al-Nassr bersama Ronaldo di barisan hadapan.

7. Riyad Mahrez – €35m (Man City ke Al-Ahli)

Pemain Termahal Arab Saudi
Gambar: Ig Riyad Mahrez

Tidak dinafikan, Riyad Mahrez antara pemain sayap berbisa dalam membawa Manchester City menjuarai treble.

Disebabkan itu, Al-Ahli tertarik untuk mendapatkan khidmat pemain itu dengan nilai yang agak tinggi.

BACA: Ini Sebab Tingkap Sesetengah Hotel Tak Boleh Dibuka

6. Sergej Milinković-Savić – €40m (Lazio ke Al-Hilal)

Gambar: Ig Sergej Milinković-Savić

Sepanjang tempoh bersama kelab Itali, Lazio. Milinković-Savić mencatatkan 69 gol dan memberikan 59 bantuan gol.

Pada 2023, beberapa kelab besar cuba mendapatkan pemain ini namun Al-Hilal berjaya menyakinkan pemain itu dengan menawarkan gaji yang lumayan untuk berhijrah ke Arab Saudi.

5. Fabinho – €46.7m (Liverpool ke Al-Ittihad)

Pemain Termahal Arab Saudi
Gambar: Ig Fabinho

Peminat Liverpool tentu cukup mengenali pemain yang satu ini, Fabinho yang juga bekas kapten The Reds.

Walau bagaimanapun, faktor penstrukturan semula kelab pasa musim 2022/23 telah membuka jalan pemain Brazil itu berpindah ke Al-Ittihad dengan persetujuan Liverpool itu dengan yuran perpindahan sebanyak €46.7 juta.

4. Ruben Neves – €55m (Wolves ke Al-Hilal)

Gambar: Ig Ruben Neves

Memandangkan masih berusia 28 tahun dan bermain di Liga terbaik dunia EPL, Ruben Neves mengejutkan ramai pihak apabila mengambil jalan untuk berkelana ke Arab Saudi.

Dengan yuran perpindahan sebanyak $55 juta, Ruben Neves berpindah dari Wolves ke Al-Hilal.

Difahamkan, pemain tengah Portugal ini kini menerima gaji hampir €18.36 juta setahun, yang merupakan peningkatan besar berbanding gaji mingguannya yang sebelum ini sebanyak €57,632 di Molineux.

3. Malcom – €60m (Zenit St. Petersburg ke Al-Hilal)

Gambar: Ig Malcom

Pemain sayap Zenit St. Petersburg, Malcolm pula menganggap dirinya memerlukan minit permainan, selepas kebanyakan perlawanan hanya duduk memanaskan diri di bangku simpanan.

Oleh itu, Malcom memilih untuk mencari minit bermain yang lebih selepas hanya setahun bersama gergasi Catalan. Destinasi yang ditujunya adalah Al-Hilal dengan nilai perpindahan sebanyak €60m.

BACA: Nilai Bersih Kekayaan Khabib Nurmagomedov Pada 2025

2. Jhon Duran – €77m (Aston Villa ke Al-Nassr)

Pemain Termahal Arab Saudi
Gambar: Ig Jhon Duran

Pemain terbaru yang memasuki senarai adalah Jhon Duran. Prestasi cemerlang bersama kelab Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris telah menarik minat Al-Nassr membelinya.

Nilai perpindahan penyerang dari Colombia ini mencapai €77m dari Aston Villa ke Al-Nassr.

1. Neymar – €100m (PSG ke Al-Hilal)

Gambar: Ig Neymar

Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa Neymar merupakan perpindahan termahal dalam sejarah liga Arab Saudi.

Perpindahannya juga mencipta fenomena di liga berkenaan dengan nilai perpindahan sebanyak €100m dari kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Sumber: Sportco.io

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.