Posmen Sanggup Kembara Lebih 6,000 KM Demi Hantar Sekeping Surat
Seorang posmen berdedikasi di United Kingdom sanggup menempuh perjalanan sejauh 4,000 batu (kira-kira 6,437 kilometer), semata-mata untuk menghantar sekeping surat.
Luke Francis yang merupakan Ketua Posmen di Pejabat Pos Bude di Cornwell, nekad menghantar sendiri surat diraja yang dikirim oleh Raja Charles kepada nenek saudaranya yang menetap di Florida, Amerika Syarikat.
Menurut Daily Express, surat diraja yang dikirim kepada Emlyn Makofsky itu mengandungi ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahiran ke-100 wanita tersebut.
Emlyn yang dilahirkan pada 19 Januari 2025 mempunyai kerjaya sebagai jururawat dan berkhidmat di sekitar North Cornwall.
Posmen nekad kembara lebih 6,000 km semata-mata hendak menghantar sekeping surat
Dia kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan suaminya di sana.
Apabila menerima surat diraja itu, Luke berlepas secara rahsia ke Florida dan berasa tidak sabar untuk menyerahkan surat berkenaan secara peribadi kepada Emlyn.
Sebaik tiba di sana, Luke yang turut ditemani oleh keluarganya sendiri telah bertemu dengan Emlyn pada hari jadi wanita tersebut dan menyerahkan surat yang dikirim oleh Raja Charles itu.
Luke turut dijemput menyertai sambutan hari jadi Emlyn yang diadakan pada hari berkenaan.
Menurut Daily Express, sambutan sederhana tetapi meriah itu turut diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan United Kingdom selain acara potongan kek bertemakan bendara Union.
Emlyn rasa cukup bertuah menerima surat berkenaan
Dalam pada itu, Luke turut berkesempatan berkongsi detik-detik bersejarah ketika beliau menyerahkan surat berkenaan kepada Emlyn.
“Emlyn hanya ketawa kecil apabila menerima surat berkenaan dan membacanya. Dia menganggap apa yang dilakukan sangat istimewa dan tidak mempercayainya.
“Dia sangat terharu dan merasa cukup bertuah menerima surat berkenaan,” kata Luke.
BACA: Tarif Elektrik Baharu Tidak Beban Pengguna Domestik, Ambil Kira Keperluan Ekonomi – ST
Sumber: Daily Express