Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
filem final destination
Gambar: Warner Bros.

Selepas 14 Tahun, Filem Terbaru Final Destination Temui Penonton Mei Ini

Fazidi

Selepas 14 Tahun, Filem Terbaru Final Destination Temui Penonton Mei Ini

Francais filem bergenre seram dan supernatural, Final Destination mendapat nafas baru selepas 14 tahun menyepi selepas triler filem terbarunya didedahkan kepada umum.

Triler filem berjudul Final Destination: Bloodlines itu dimuat naik oleh Warner Bros. menerusi beberapa platform media sosial, semalam.

Pengendali rangkaian pawagam terbesar dan paling popular di Malaysia, GSC turut berkongsi trailer filem berkenaan di akaun Facebook rasminya.

Filem terbaru Final Destination temui penonton Mei ini

Menurut Hollywood Reporter, filem yang diarahkan oleh Zach Lipovsky dan Adam Stei itu bakal menemui penonton di Amerika Syarikat pada 16 Mei ini.

Filem terbaru berkenaan berkisarkan tentang Stefanie (Kaitlyn Santa Juana) yang berusaha menjejaki seorang individu yang dikatakan berpotensi menghentikan kitaran yang menyebabkan ahli keluarganya mati seorang demi seorang.

Selain Kaitlyn Santa Juana, Final Destination: Bloodlines turut dibintangi oleh Teo Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner, Rya Kihlstedt, Anna Lore, Brec Bassinger dan mendiang Tony Todd.

Untuk pengetahuan pembaca, francais filem tersebut bermula pada 2000 menerusi filem pertama yang diarahkan oleh James Wong.

Jadi penanda aras untuk filem bergenre seram atau supernatural

Filem asal tersebut mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang terselamat daripada nahas pesawat yang sepatutnya meragut nyawa mereka.

Bagaimanapun selepas itu, seorang demi seorang kumpulan pelajar berkenaan meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.

Filem berkenaan mencatatkan kutipan sebanyak USD112 juta di seluruh dunia dan kemudian menjadi penanda aras untuk filem bergenre seram atau supernatural.

Kali terakhir produk francais itu ditayangkan di pawagam adalah menerusi filem kelimanya pada 2011.

BACA: Wanita Hilang Ditemukan Meninggal Dunia Di Pantai Remis

BACA: Harga Lantai Belian Padi Baharu Diumum Minggu Depan, Tidak Jejas Pengguna – PM Anwar

BACA: 85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Kenaikan Tarif Elektrik – Anwar

Sumber: Hollywood Reporter