Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Kredit: AFP

Trump Cadang AS ‘Ambil Alih’ Semenanjung Gaza

Azizah Najib

Trump Cadang AS ‘Ambil Alih’ Semenanjung Gaza

Washington — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengusulkan cadangan untuk AS ‘mengambil alih’ Semenanjung Gaza dan menjadikan wilayah itu sebagai ‘Riviera Timur Tengah’, lapor AFP.

Menerusi sidang akhbar bersama Benjamin Netanyahu, Trump menegaskan bahawa rakyat Palestin perlu segera meninggalkan wilayah yang telah musnah akibat peperangan itu dan berpindah ke negara Timur Tengah seperti Mesir dan Jordan.

“AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan kami juga akan lakukan sesuatu di sana. Kami akan milikinya,” ujar Trump menerusi satu sidang media bersama Netanyahu.

Beliau menambah, AS akan menghapuskan bom-bom yang tidak meletup, meratakan kawasan dan membersihkan runtuhan bangunan. Trump turut bercadang untuk mewujudkan persekitaran pembangunan yang lebih ekonomik supaya dapat menawarkan peluang pekerjaan. Malah tempat tinggal akan diwujudkan bagi warga di sana.

Namun begitu, Trump turut memberikan gambaran bahawa warga yang dimaksudkan bukan warga Palestin.

“Ia tidak sepatutnya melalui proses pembangunan semula kemudian didiami oleh orang yang sama yang telah berada di sana, berjuang untuknya, tinggal di sana, dan meninggal dunia di sana, malah melalui kehidupan yang sengsara di sana,” katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Netanyahu menyifatkan Trump sebagai sekutu terbaik Israel pernah miliki. Menurutnya, perancangan Trump terhadap Gaza mampu mengubah sejarah dan perlu diberi perhatian.

Trump turut mendakwa beliau berjaya memastikan gencatan senjata fasa pertama antara Israel dan Hamas berlangsung selama enam minggu selepas lebih 15 bulan pertempuran berlaku. Beliau turut dijangka menggesa Netanyahu untuk beralih ke fasa seterusnya bagi mencapai keamanan yang berkekalan.

Beberapa jam sebelum pertemuan di Rumah Putih, Israel bercadang untuk menghantar wakil ke Qatar bagi membincangkan fasa kedua perjanjian tersebut.

Menurut jurucakap Hamas, Abdel Latif al-Qanou pada Selasa, rundingan fasa kedua telah bermula dengan bertumpu kepada tempat perlindungan, bantuan dan pembinaan semula.

Sementara itu, Mesir dan Jordan telah menolak cadangan Trump untuk memindahkan rakyat Palestin ke sana dengan tegas. Malah, wakil Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pemimpin dunia perlu menghormati kehendak rakyat Palestin.

“Tanah air kami adalah tanah air kami,” katanya.

BACA: Trump Tangguh Tarif Ke Atas Kanada, Mexico

Sumber: AFP