Unik Cara Sambut “Anniversary”, Suami Berbaju Melayu Lengkap Bersampin Jemput Isteri Dari Tempat Kerja
Menyambut ulang tahun perkahwinan atau anniversary adalah satu perkara yang sangat istimewa untuk setiap pasangan suami isteri.
Setiap tahun yang berlalu menjadi lebih begitu bermakna apabila bara kasih sayang yang ada antara satu sama lain masih menyala seperti awal mula bercinta.
Sambutan yang dibuat bukan sekadar meraikan hari istimewa disatukan sebagai suami isteri, tetapi juga untuk mencipta kenangan manis bersama pasangan yang akan dikenang sepanjang hayat.
Ada yang menempah makan malam romantik di hotel atau restoran mewah dan ada bertukar hadiah yang bermakna.
Pada masa yang sama, ada juga yang memilih untuk meraikan tarikh istimewa itu secara ringkas, tetapi boleh mengukir senyuman panjang di wajah orang tersayang.
Suami pakai baju Melayu lengkap bersampin jemput isteri pulang kerja
Baru-baru ini, sepasanga suami isteri menjadi tular di media sosial apabila mereka meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-25 tahun dengan cara tersendiri.
Difahamkan, si suami memakai baju Melayu lengkap bersampin berwarna kuning dan songkok ketika menjemput isteri pulang dari tempat kerja.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @nurieeana di TikTok, dapat dilihat kedua-dua pasangan ini tersenyum bahagia sambil wanita tersebut menuju ke suaminya yang sedang menunggu di atas motosikal.
Dalam pada itu, si suami yang mengenakan pakaian baju Melayu berwarna kuning terus mencium dahi isterinya selepas wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Sempena ulang tahun perkahwinan ke-25 tahun, suami datang pakai baju Melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja. Semoga bahagia hingga ke syurga,” ujar @nurieeana.
Video berdurasi 00:24 saat turut memaparkan kedua-dua pasangan bahagia ini tersipu-sipu malu apabila memandang ke arah kamera sebelum berlalu pergi.
“Moga kekal bahagia bahagia bersama hingga ke syurga Allah”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa bahagia apabila melihat ketulusan lelaki berkenaan dan usahanya menggembirakan isteri.
Dalam masa sama, mereka turut menitipkan doa kepada pasangan suami isteri ini.
BACA: Kenapa Bentuk Buah Pisang Melengkung? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya
@nurieeana Suami dtg pakai baju melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja sempena anniversary ke 25 tahun. Semoga bahagia hingga syurga ❤️ #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #fyp #trending #fypシ゚viral
Sumber: @nurieeana via TikTok