Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
plkn wajib hadir
Kredit: Bernama

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

Azizah Najib

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Individu yang dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, wajib hadir dan sekiranya berhalangan mereka perlu membuat permohonan untuk menangguhkan kemasukan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Mejar Jen Datuk Ya’cob Samiran berkata bagi individu yang sedang bekerja, mereka perlu mendapat kebenaran daripada majikan untuk pelepasan dan pihak majikan harus memberikan justifikasi jika mereka tidak memberi pelepasan kepada bakal pelatih.

“Jadi sekiranya majikan tidak membenarkan, itu ada proses lain yang kita akan laksanakan,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan menembak senjata ringan PLKN 3.0 2025 di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan penangguhan itu perlu dilakukan pada siri kedua dan seterusnya kerana hanya siri pertama PLKN 3.0, para pelatih hadir secara sukarela.

Mengulas mengenai sesi latihan menembak senjata ringan, Ya’cob berkata ia dibahagikan kepada dua hari iaitu hari ini dengan seramai 67 pelatih dan esok bagi 53 pelatih.

Beliau berkata bagi sesi hari ini, seramai 40 pelatih lelaki dan 27 wanita memulakan sesi latihan pada 9 pagi dipantau 10 jurulatih daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Para pelatih sebelum menembak ini, mereka diberikan peluang atau diberi pendidikan berkenaan dengan pengurusan senjata sekurang-kurangnya lebih seminggu,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati sesi menembak senjata ringan dimulakan dengan latihan pelarasan senjata ringan pada jarak 25 meter (m) diikuti jarak 100m menggunakan senapang M16.

Sebelum latihan bermula, jurulatih Kapten Muhammad Shawal Mohamad Illias memberikan taklimat keselamatan kepada kesemua pelatih termasuk pengamal media yang hadir.

Pada 12 Jan, seramai 120 pelatih diterima menyertai PLKN 3.0 siri pertama 2025 membabitkan 80 pelatih lelaki dan 40 wanita berumur antara 18 hingga 25 tahun.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan jumlah itu termasuk 13 orang yang hadir secara terus datang pada sesi pendaftaran di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, membabitkan pelbagai latar belakang bangsa, agama, pendidikan dan lokaliti.

Sementara itu, Ya’cob berkata penggunaan pakaian celoreng tentera bagi peserta PLKN 3.0 selaras dengan amalan negara lain, selain kos yang lebih murah berbanding pakaian seragam alternatif.

“Jika kita mahu menggunakan pakaian yang lain daripada pakaian tentera ini, kita akan melalui proses yang agak lama dan kosnya lebih mahal,” katanya.

Beliau berkata pelatih juga akan mengembalikan semula pakaian seragam berkenaan selepas tamat latihan dan pelatih siri akan datang bakal menggunakan pakaian celoreng sedia ada.

BACA: PLKN 3.0 Dilaksanakan Tiga Siri Tahun Ini Di Dua Kem

Sumber: Bernama