Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Gambar: Bernama

Program Imunisasi Influenza Warga Emas Bermula 18 Februari 

Iqbal Yasir

Program Imunisasi Influenza Warga Emas Bermula 18 Februari

KULIM, 9 Feb (Bernama) — Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata janji temu bagi mendapatkan suntikan itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb ini.

“Untuk program suntikan imunisasi influenza bagi warga emas, Ketua Pengarah Kesihatan telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung program ini yang mana ia akan bermula pada 18 Feb ini.

“Suntikan ini terbuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di lokasi klinik yang terpilih,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wellness Hub Kulim dan Penyerahan Kunci Pusat Rekod Perubatan Zon Utara dekat sini, hari ini.

Beliau berkata program imunisasi berkenaan dianggarkan melibatkan seramai 170,000 penerima di seluruh negara.

“Kita menggalakkan agar suntikan ini diambil bagi kesejahteraan masyarakat khususnya warga emas.

“Saya juga ingin menggalakkan mana-mana sektor swasta atau kerajaan negeri yang ingin berkolaborasi bagi melaksanakan program suntikan influenza ini,” katanya.

BACA: Waspada Terhadap Pautan, Akaun Media Sosial Palsu Bank Islam

Selain itu, beliau berkata KKM sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan dan satu daripada langkah yang sedang dilaksanakan adalah menaik taraf klinik daif di seluruh negara.

“Terdapat sebanyak 455 projek naik taraf yang sedang berjalan di seluruh negara termasuklah 41 projek di Kedah.

“Ini merupakan salah satu transformasi kesihatan yang sedang kita jalankan. Diharap ia dapat memberikan penambahbaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Lukanisman katanya Wellness Hub berperanan sebagai fasiliti yang mempromosikan gaya hidup sihat dan bukan seperti klinik kesihatan.

“Sasaran kita agar pada masa hadapan, ia menjadi keutamaan untuk dibangunkan bersama hospital dan klinik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya dan menambah terdapat 33 Wellness Hub beroperasi di seluruh negara termasuk tiga di Kedah setakat ini.

Beliau berkata sembilan lagi projek Wellness Hub bakal dilaksanakan tahun ini termasuk tiga projek naik taraf iaitu di Putatan, Sabah; Hulu Langat, Selangor dan Timur Laut, Pulau Pinang serta enam projek baharu iaitu di Sandakan, Sabah; Muallim, Perak; Sibuti, Sarawak; Kuala Selangor, Selangor; Alai, Melaka dan Muar, Johor.

Sumber: BERNAMA

BACA: 10 Laman Web Paling “Rajin” Dilayari Rakyat Malaysia Pada Januari

BACA: Mat Saleh ‘Rindu’ F1 Dikembalikan Di Litar Sepang