Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Mat Saleh Rindu F1 sepang
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Mat Saleh ‘Rindu’ F1 Dikembalikan Di Litar Sepang

Iqbal Yasir

Mat Saleh ‘Rindu’ F1 Dikembalikan Di Litar Sepang

Tidak dinafikan Formula 1 (F1) adalah sukan perlumbaan kereta yang paling berprestij di dunia.

Sukan penuh adrenalin ini menampilkan kereta berteknologi tinggi dengan kepantasan luar biasa termasuk kemahiran pemanduan yang cukup mengujakan.

Kejohanan Dunia F1 dianjurkan oleh Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) dan terdiri daripada siri perlumbaan yang dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di pelbagai litar di seluruh dunia. Salah satunya adalah Litar Sepang.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui, kali terakhir perlumbaan F1 diadakan di Litar Sepang adalah pada tahun 2017 yang lalu, selepas ia diperkenal pertama kali pada tahun 1999.

Gambar: Bernama

Susulan itu, sebahagian pecinta sukan F1 menyuarakan pendapat bahawa sukan ini patut dikembalikan semula di litar berkenaan.

Bahkan, mat saleh pun berpendapat bahawa trek yang terkenal dengan cuaca yang tidak menentu seperti panas terik dan hujan di litar Sepang menjadikan sukan itu bertambah menarik untuk ditonton.

Gambar: Bernama

Menerusi satu hantaran di Facebook akaun F1 focus the real fans, memaparkan pemandangan atas litar berkenaan.

“Kembalikan semula Malaysia,” tulis hantaran tersebut.

BACA: Mat Saleh Dedah Kenapa Pulau Di Malaysia Lebih Baik Daripada Maldives

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat sukan itu turut bersatu hatu hati dalam menyuarakan keinginan mereka.

Seorang mat saleh, Ash Doore memuji bahawa litar Sepang antara trek terbaik yang pernah diwujudkan.

“Rindu betul dengan trek ini! Litar yang sangat licin ibarat lancar seperti meja snooker.

“Namun cuaca dan suhu panas pada tayar membuatkan ia sentiasa menjadi perlumbaan yang mengujakan untuk ditonton,” komennya.

Gambar: Facebook

Tambah Ryan Raj, perlumbaan masa dengan cuaca yang tidak menentu menjadikan ia sangat seronok.

Apatah lagi di sinilah kemahiran setiap pemandu diuji dan sesiapa sahaja berpeluang untuk bergelar juara.

“Sepang adalah trek terbaik untuk MotoGP dan F1. Tak boleh disangkal. Itulah sebabnya kebanyakan pasukan ingin melakukan percubaan pemanduan enjin di Sepang sebelum memulakan musim,” komen seorang pengguna lagi.

Sumber: Facebook F1 focus the real fans

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Sate Dihidangkan Bersama Timun & Bawang