Siakap Keli
Gambar: Tiktok @gomalaysia

Mat Saleh Dedah Kenapa Pulau Di Malaysia Lebih Baik Daripada Maldives

Mat Saleh Dedah Kenapa Pulau Di Malaysia Lebih Baik Daripada Maldives

Melancong merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana dapat melihat dunia luar.

Sesuai dengan pepatah, jauh pandangan, luas pengetahuan. Lebih-lebih lagi, menerusi hobi ini, kita dapat menambah nilai diri dalam mempelajari pelbagai benda baharu.

Antaranya termasuklah budaya, adat, makanan, masyarakat setempat disamping menimba pengalaman berharga dalam setiap destinasi yang dituju.

Jadi, tidak hairan jika setiap negara menerima pelancong dari segenap dunia setiap tahunkerana setiap negara mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Malaysia juga merupakan salah satu negara yang penuh dengan khazanah alamnya seperti terumbu karang dan pulau-pulaunya.

Baru-baru ini, dalam satu klip yang dikongsikan oleh seorang pencipta kandungan di TikTok @gomalaysia menemu ramah seorang pelancong dari Scotland, Lewis.

Dia sempat bertanyakan pendapat Lewis mengenai pulau-pulau di negara berbilang kaum itu, dan jawapan yang diberikan sangat mengejutkan.

Pulau Malaysia lagi cantik dari Maldives?

Gambar: Tiktok @gomalaysia

“Ibu bapa saya juga pernah pergi ke Maldives dan mereka memberitahu saya Pulau Tioman lebih baik,” katanya.

Tambah Lewis, jika mana-mana pelancong yang ingin mencari keindahan pulau, Malaysia adalah destinasinya.

Setelah pergi ke semua tempat, Lewis meletakkan Pulau Cherating paling teratas sebagai pulau tercantik  dalam senarainya, diikuti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata orang turut memberikan respon positif dengan pendapatan yang diberikan Lewis.

Malah ada yang turut memberikan pendapat masing-masing mengenai keunikan dan keindahan pulau-pulau di Malaysia.

Berikut antara komen netizen;

“Pulau Tioman merupakan 10 pulau tercantik dan lokasi itu pernah menjadi pengembaraan filem Hollywood Bali Hai. Dan ia masih underrated hingga ke hari ini,” komen seorang pengguna.

“Untuk terumbu karang, saya lebih memilih Pulau Tioman,” kongsi seorang warganet.

“Cuba pula pulau-pulau di Sabah seperti Sipadan, Mabul dan banyak lagi. 3 lokasi itu merupakan kawasan menyelam teratas di dunia,” komen seorang lagi.

@gomalaysia

Do you agree with my friend Lewis from Scotland? #ExpatLife #Malaysia #Dilanda #Tioman #Maldives #Perhentian #VisitMalaysia #TropicalParadise #IslandLife #SoutheastAsia #BeachVacation #DivingSpots #Snorkeling #IslandHopping #MalaysianIslands #TravelMalaysia #NatureRetreats #ExoticDestinations #EcoTourism #backpackingmalaysia

♬ original sound – Go Malaysia!

Sumber: TikTok @gomalaysia 

BACA: Lebih 20 Tahun Menetap, Mat Saleh Dedah Kenapa Pilih Terengganu Sebagai ‘Rumah’

BACA: “Kakak dah tak tahan ibu..” Video Ibu Peluk Anak Runtun Hati Orang Ramai

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.