Siakap Keli
mat saleh pilih terengganu
Gambar: TikTok @gomalaysia

Lebih 20 Tahun Menetap, Mat Saleh Dedah Kenapa Pilih Terengganu Sebagai ‘Rumah’

Lebih 20 Tahun Menetap, Mat Saleh Dedah Kenapa Pilih Terengganu Sebagai ‘Rumah’

Sebut sahaja Malaysia, benda pertama yang terlintas dalam fikiran kita mesti Kuala Lumpur bukan?

Sebuah bandaraya yang rata-ratanya dihiasi dengan bangunan-bangunan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan Merdeka 118.

Namun, jika di lihat secara meluas, terdapat banyak lagi kawasan atau hidden gems menarik yang ada di dalam negara.

Antaranya Pulau Langkawi (Kedah), Cameron Highland (Pahang), Rumah Panjang (Sarawak), pantai-pantai dan pulau-pulau di dalam negara dan banyak lagi.

Disebabkan itu, segelintir masyarakat lebih gemar berkunjung ke negeri-negeri selain bandar Kuala Lumpur disebabkan keunikannya.

Mat Saleh Dedah Kenapa Pilih Terengganu Sebagai ‘Rumah’

Baru-baru tular satu video seorang mat saleh yang dikenali sebagai Mr Hans memberitahu bahawa dia sangat menyukai kehidupan di Terengganu.

Dalam perkongsian video TikTok @gomalaysia, Mr Hans memaklumkan terdapat banyak perkara yang membuatkannya jatuh cinta di negeri itu.

Apatah lagi, dia telah menetap di negeri itu lebih dari 20 tahun.

Gambar: TikTok @gomalaysia

“Kuala Lumpur atau Terengganu? Terengganu!

“Pahang atau Terengganu? Terengganu!” jawabnya dalam klip itu.

Ketika ditanya mengenai apa yang membuatkan negeri itu cukup istimewa baginya, kata lelaki itu kehidupan sosial di sini begitu tenang dan menarik.

Gambar: TikTok @gomalaysia

“Kehidupan sosial di ini..‘rilek lu’, ‘Terengganu kiter’, ‘berat nanang’ dan masyarakat di sini juga sangat ramah serta mudah.

“Tetapi mereka hidup dengan harmoni walaupun dengan beberapa perkara namun masih tersenyum. Mereka juga tidak mengejar impian dan duit palsu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mr Hans turut memberitahu bahawa dia amat menggemari nasi dagang sepanjang menetap di negeri itu.

Netizen terhibur dialek Mr Hans, “dah macam orang sini”

Perkongsian itu turut mendapat perhatian warga maya yang sudah mengenali lelaki itu.

Malah, ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mr Hans disebabkan dia fasih bertutur dalam dialek Terengganu.

“Mr Hans, lama tak tengok. Rindu Pulau Kapas,” komen seorang pengguna.

“Suara Mr Hans macam suara Zizang,” seloroh seorang lagi.

“Suasana di Terengganu memang sangat menenangkan. Memang suka betullah,” komen seorang lagi pengguna.

“Kita orang Selangor. Negeri pilihan lain tetap Terengganu,” kongsi pengguna itu.

@gomalaysia

Learning some Terengganu language with Mr Hans from Amsterdam 🤭🤩😁🙏 #Malaysia #malaysiatrulyasia #terengganu @Tourism Malaysia #kapasisland

♬ original sound – Go Malaysia!

Sumber: TikTok @ gomalaysia

BACA: Rupa-rupanya Ini Sebab Mat Saleh Tidak Mahu Malaysia Jadi Popular

BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.