Rupa-rupanya Ini Sebab Mat Saleh Tidak Mahu Malaysia Jadi Popular
Nama Malaysia yang suatu ketika dahulu asing, kini semakin dikenali ramai oleh pelancong luar.
Salah faktornya adalah sektor pelancongan yang menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi serta syurga buat pencinta makanan bermula di sini.
Perubahan ini boleh dilihat selepas pelancong daripada pelbagai negara membanjiri Malaysia selain memuat naik video percutian mereka yang sekaligus membantu menaikkan nama negara ini.
Rata-rata pelancong yang melawat Malaysia meluahkan rasa gembira dan mengatakan ingin kembali semula sekiranya berpeluang.
Dalam satu video yang tular baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki barat mengakui makanan adalah perkara yang disukai di negara ini sehingga tidak mahu Malaysia menjadi popular.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @gomalaysia, seorang wanita telah menemu bual mat saleh berkenaan dengan Malaysia.
Ketika ditanya apa yang disukai olehnya ketika melawat negara berbilang kaum ini, lelaki barat itu berkata makanan yang pelbagai membuatkannya suka dengan negara ini.
“Kebanyakannya, saya suka makanan seperti ikan kari, udang, ketam, apa lagi..roti canai ahhhh semuanya,” kata Matt, seorang lelaki berkulit putih.
Tambahnya, dia juga menyukai aktiviti bersukan di sini namun badan hendaklah berada dalam keadaan sihat.
BACA: Siap Ada ‘Floating Market’, Ini 6 Tarikan Terbaru MAHA 2024, Kali Ini Lebih Mendonia
BACA: Hari Pertama MAHA 2024 Dah Meriah, Tapi Awal-awal Lagi Ramai Dah ‘Serang’ Booth Merah Ni
Kemudian, apabila ditanya mengenai tiga perkara yang perlu diketahui oleh seluruh dunia berkaitan Malaysia, lelaki itu berkata orang ramai perlu mengetahui maksud di sebalik ‘Malaysia Boleh’.
Pun begitu, selepas menjawab pertanyaan tersebut dia berkata kewujudan Malaysia sepatutnya dirahsiakan.
Hal ini kerana, dia tidak mahu pelancong luar membanjiri Malaysia untuk menikmati segala keindahan yang ada di negara ini.
“Sebenarnya tidak… kita tidak mahu mereka (pelancong) tahu tentang Malaysia. Malaysia sangat menarik untuk kita.
“Tiada apa yang anda tidak perlu tahu tentang Malaysia,” selorohnya dalam nada gurauan.
Menjengah ke ruangan komen, sebahagian besar warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing mengenai negara itu.
Berikut antara komen daripada pengguna;
“Saya dah pun rindu nasi lemak, salam dari Gopenghagen, Denmark,” komen salah seorang pengguna.
“Ya.. semuanya adalah rahsia kami. Jangan beritahu sesiapa. Tak eksklusif lagi bila ramai dah tahu,” kata salah seorang lagi.
“Kebiasaannya orang luar tidak kenal Malaysia. Apabila saya melancong dan orang tanya saya asal mana, saya akan cakap Malaysia. Mereka akan cakap dekat mana tu?” komen pengguna lain.
“Roti canai ahaaa… bahagian ‘ahaaa’ tu dah boleh sahkan yang dia dah sangkut dengan Malaysia,” tulis seorang lagi.
“Makanan Malaysia selalu menjadi tarikan utama. Gembira,” komen seorang lagi.
Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 100,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ dan komen warga maya.
@gomalaysia Well maybe we shouldn’t make Malaysia that famous after all..😄🇲🇾🙌❤️ Malaysia makanmakan kitesurfing Cherating #Pahang
Sumber: TikTok @go malaysia