Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kisah stuckie mumia anjing
Kredit: Farm Journal

Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

Azizah Najib

Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

Manusia sudahpun wujud di muka bumi ini semenjak ratusan ribu tahun dahulu. Ada yang hilang tanpa peninggalan peradaban, ada juga yang berjaya diselongkar dari balik helaian sejarah dunia. Biarpun begitu, masih banyak penemuan-penemuan mengejutkan yang tak tercapai dek akal sehingga kini.

Pelik tetapi benar, sebuah muzium di Amerika Syarikat menyimpan sepotong kayu balak yang menjadi ‘keranda’ mumia seekor anjing, dipercayai mati sekitar 60 tahun lalu.

Ini kisah pilu Stuckie, mumia anjing yang ditemui dalam keadaan begitu menyeramkan. Perkongsian ini diceritakan oleh pemilik dan juga pengarah Muzium Southern Forest World, Bertha Dixon.

Seorang pembalak yang sedang memeriksa keadaan kayu balak di belakang lori terkejut apabila matanya tertancap ke arah mumia seekor anjing di dalam salah satu potongan kayu balak. Aktiviti pembalakan pokok oak berangan itu dijalankan di sempadan Alabama-Georgia.

BACA: Runtuh Menyembah Bumi, Tular Detik Bumbung Stadium Shah Alam Dirobohkan

stuckie
Kredit: Farm Journal

“Dulu, ketika 1980, pembalak di Georgia tidak mengangkut kayu balak secara menyeluruh. Mereka akan potong pokok-pokok itu kepada beberapa bahagian. Satu bahagian sepanjang tujuh kaki. Stuckie berada di dalam salah satu bahagian itu.

“Kisah yang mengagumkan ini bukan sahaja tentang keadaan Stuckie yang tersekat di dalam kayu balak dan terawet secara semula jadi. Keadaan Stuckie yang terselamat daripada kerosakan disebabkan pembalakan juga satu kisah yang menakjubkan,” katanya.

Keadaan Stuckie yang tidak terusik langsung sepanjang proses bermula daripada tumbangnya pokok tersebut sehingga potongan kayu balak itu dimuatkan ke dalam lori sememangnya satu kejadian yang di luar kawalan manusia.

“Pertamanya, ketika pokok itu ditebang kemudian tumbang, (bangkai) anjing itu tidak rosak langsung. Keduanya, Stuckie terselamat dari dipotong apabila gergaji membelah batang pokok itu. Ketiganya, bila mereka angkat kayu balak itu ke atas lori, dia masih terselamat dari kerosakan.

“Bila anda faham kekuatan dan tenaga yang terlibat ketika (pokok) tumbang, dipotong dan dipindahkan, (keadaan) Stuckie yang tak terusik sememangnya tak masuk akal. Keadaannya yang tidak terbelah langsung menjangkaui segalanya,” ujarnya lagi.

BACA: Selamat Mangsa Kereta Terjunam Dalam Parit, Dua Pemuda Terima Sijil Penghargaan Bomba

stuckie
Kredit: Forgotten Georgia

Menurut Dixon, jika dikira semula setinggi mana Stuckie berada di dalam pokok sebelum ia tumbang, dia mendapati Stuckie berada setinggi 28 kaki di atas pokok itu. Sebagai seorang yang mahir dalam bidang silvikultur, Dixon dapat mengenal pasti Stuckie sebagai seekor anjing buruan (hound dog) yang berwarna perang dan putih. Umur Stuckie dijangka sekitar empat tahun ketika dia mengejar seekor rakun hingga ke atas pokok.

Apa yang memilukan tentang kisah ini ialah keadaan Stuckie yang cuba untuk keluar dari lubang pokok tersebut apabila tersekat di ruang yang sempit. Disebabkan gagal, Stuckie tersekat di situ sehingga hujung nyawanya. Menurut Dixon, bangkai Stuckie yang ada di dalam lubang itu diawet secara semula jadi oleh tanin pokok.

“Pokok oak mempunyai asid, tanin yang terserap masuk ke dalam anjing dan mengawetnya. Tambahan pula, bau bangkai mereput keluar di lubang atas sebab sifat lubang pokok seperti serombong yang angin bergerak dari bawah ke atas. Apa-apa binatang buas atau serangga yang biasanya memakan bangkai tidak dapat menghidu baunya,” jelasnya.

Begitulah kisah aneh mumia seekor anjing yang diberi nama Stuckie, yang masih tersimpan di sebuah muzium di Amerika Syarikat sehingga kini.

Sumber: Farm Journal, Forgotten Georgia

BACA: Lampu Amaran Masih Menyala Walau Dah Turunkan “Hand Brake”? Ini Puncanya