Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
YouTuber kagum rakyat Malaysia
Sumber: ali_joky via TikTok

Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

Iqbal Yasir

Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sifat pemurah, peramah dan penuh simpati.

Ini jelas terbukti apabila ramai pelancong asing yang datang ke negara kita pasti merasa kagum dengan layanan mesra yang diterima.

Sikap mulia ini seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada budaya kita, di mana-mana sahaja kita berada.

Baru-baru ini, tular sebuah video eksperimen sosial yang dimuat naik oleh seorang YouTuber Amerika, dikongsi semula menerusi TikTok @ali_joky.

Menariknya, “mangsa” dalam eksperimen tersebut adalah sekumpulan pelancong dari Malaysia.

Dalam klip tersebut, YouTuber berkenaan, yang berpakaian serba hitam, menghampiri kumpulan pelancong Malaysia yang sedang duduk di luar sebuah kedai makan.

Dia berpura-pura meminta bantuan dengan alasan berada dalam kesusahan dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

“Maafkan saya bang, boleh belikan saya makanan? Saya tak nak duit, cuma makanan. Saya dalam kesusahan,” rayunya dalam video itu.

Tanpa berfikir panjang, salah seorang daripada pelancong Malaysia itu terus bangun untuk membeli makanan bagi YouTuber tersebut.

BACA: “Saya Rasa Amat Kagum…”, Pelancong Asing Puji KTM Berhad, Teruja Ada Kafe Dalam Kereta Api

Namun, sebelum sempat membuat pesanan, dia diberitahu bahawa semuanya hanyalah eksperimen sosial yang sedang dirakam oleh jurukamera.

“Bang, saya sedang buat eksperimen sosial. Jurugambar saya ada di sana.

“Tujuan video ini adalah untuk lihat sama ada masih wujud sifat perikemanusiaan di kalangan orang ramai. Awak sangat baik. Awak dari mana?,” tanya YouTuber itu.

“Kami dari Malaysia,” jawab kumpulan pelancong berkenaan.

Kagum dengan sikap mulia ditunjukkan rakyat Malaysia, YouTuber itu menawarkan untuk membayarkan makanan yang dipesan mereka sebagai tanda penghargaan.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai, dengan lebih 200,000 tontonan dan 18,000 tanda ‘Suka’.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian sekumpulan pelancong Malaysia berkenaan.

Malah, ada yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan nilai empati dan kesediaan untuk membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan

BACA: Pernah Viral Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan, Netizen Terkejut Lihat Gambar Terkini ‘Mowgli Malaysia’

BACA: “Nampak sangat aku dah tua…” Netizen Tak Sangka “Budi” Tentang Bulan Dah Ada Isteri & Anak

Sumber: TikTok @ ali_joky