Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

“Saya Rasa Amat Kagum…”, Pelancong Asing Puji KTM Berhad, Teruja Ada Kafe Dalam Kereta Api

Faiz Mustafa

“Saya Rasa Amat Kagum…”, Pelancong Asing Puji KTM Berhad, Teruja Ada Kafe Dalam Kereta Api

Di Malaysia, tidak dinafikan memang banyak kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan termasuk pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Tanpa sedar, kemudahan-kemudahan ini telah membuatkan urusan kita lancar seperti untuk ke tempat kerja, balik kampung mahu pun pergi bercuti.

Bercakap soal kereta api, ia merupakan salah satu kemudahan awam yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia terutama Light Rail Transit (LRT) sebagai medium untuk ke tempat kerja bagi mereka yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

Selain LRT, di Malaysia juga mempunyai kemudahan kereta api yang menghubungkan kawasan jarak jauh dari selatan hingga ke utara iaitu Electric Train Service (ETS) dan juga Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kemudahan ini sesuai untuk mereka yang ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti.

Dalam pada itu, terdapat juga kereta api yang menghubungkan terus ke negara jiran, Thailand. Jadi, tak susah pun kalau nak pergi melancong ke Thailand sebab dah boleh naik kereta api yang terus sampai ke Thailand.

Gambar via Richard Barrow

Menerusi laman Facebook milik seorang pelancong asing, Richard Barrow kongsikan pengalamannya menaiki KTM di Malaysia dari Butterworth menuju ke Kuala Lumpur.

“Hari ini saya menaiki kereta api elektrik KTMB dari Butterworth ke Kuala Lumpur dengan tiket Kelas Perniagaan berharga RM150 untuk perjalanan selama empat jam.

“Saya sangat kagum dan sepatutnya Thailand juga perlu menaik taraf pengangkutan awam mereka. Walaupun mereka telah pun mempunyai kereta api Red Line tetapi ia tidak mempunyai perjalanan yang jauh.

“Kami perlukan kereta api seperti ini untuk menuju ke Chiang Mai,” tulisnya.

Gambar via Richard Barrow
Gambar via Richard Barrow

Dengan penuh rasa teruja, dia juga menceritakan bagaimana krew di dalam kereta api itu menghidangkan makanan tengah hari selang beberapa minit mereka bertolak dari stesen.

Kemudian, selang dua jam kemudian mereka datang lagi membawa kopi dan teh serta beberapa makanan ringan lain. Dia juga membuat kesimpulan bahawa pengalaman tersebut hampir sama dengan pengalaman menaiki sebuah kapal terbang.

“Harga tiket bagi tempat duduk biasa adalah RM80 iaitu separuh dari harga tempat duduk saya dan tidak disediakan sekali dengan makanan serta ruang yang agak terhad.

Gambar via Richard Barrow

“Salah satu lagi yang menarik adalah mereka juga menyediakan restoran di dalam gerabak walaupun sedikit sempit. Saya tidak pernah lagi melihat hal seperti ini dan mengharapkan ia wujud di Thailand pada Januari tahun depan,” tambahnya lagi.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Richard Barrow