Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
kereta Api sungai dua
Kredit: Encik Kartografi

Wujud Sejak Lebih 100 Tahun, Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Kereta Api Sungai Dua

Aina Munirah

Wujud Sejak Lebih 100 Tahun, Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Kereta Api Sungai Dua

Umum mengetahui bahawa tempat peninggalan sejarah merupakan bukti bahawa masa lalu sentiasa meninggalkan jejak kepada generasi kini. Malah, ia juga turut menjadi bukti bahawa sesuatu tragedi atau peristiwa pernah berlaku.

Melalui penelusuran dan kajian terhadap tempat-tempat ini, kita dapat memahami cara hidup yang pernah wujud suatu ketika dahulu, struktur pembinaan tapak peninggalan dan macam-macam lagi.

Namun, sejajar dengan perubahan zaman, masyarakat kini mula tidak mengenali atau mengetahui sejarah yang berlaku di sesetengah tempat. Tambahan lagi, ini terjadi disebabkan oleh kurangnya pendedahan atau pengenalan sesuatu peristiwa itu sendiri.

Baru-baru ini, Pasukan Kartografi Malaysia yang diketuai oelh Shahrul Azzim Abd Azim (Encik Kartografi) dan Faizal Khusairy dari Etiquity Cartographic Research Centre (ECRC) berpeluang melakukan eksplorasi penjejakan salah sebuah stesen kereta api yang pernah wujud lebih 100 tahun yang lalu.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Pasukan kartografi jejak Stesen Keretapi Sungai Dua

Pada hari ini, pasukan penyelidik Etiquity Cartographic Research Centre (ECRC) dan Persatuan Kartografi Melaka yang diwakili Shahrul Azzim Abd Aziz dan Faizal Khusairy berpeluang melakukan eksplorasi penjejakan salah sebuah stesen kereta api yang pernah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu tetapi kini telah lenyap ditelan zaman.

Warisan sejarah yang dimaksudkan ialah Stesen Keretapi Sungai Dua yang terletak di bekas jajaran landasan kereta api di antara Stesen Keretapi Lama Tebong (Daerah Alor Gajah, Melaka) dengan Stesen Keretapi Batang Melaka (Daerah Jasin, Melaka).

Kewujudan stesen kereta api ini pernah dipaparkan dalam beberapa buah naskah kartografi lama antaranya seawal tahun 1920an dan untuk eksplorasi pada kali ini pasukan penyelidik menggunakan peta lama bertajuk Malacca yang diterbitkan pada tahun 1949.

Analisis dan perbandingan antara peta berusia 77 tahun tersebut dilakukan dengan imej satelit Google Earth tahun 2025 dalam mengenalpasti anggaran kawasan yang pernah menempatkan Stesen Keretapi Sungai Dua.

Kredit: Encik Kartografi

Lokasi yang dikenalpasti sebagai tapak bekas stesen kereta api tersebut dijangka terletak kurang 100 meter ke arah barat daya kawasan yang pernah menempatkan lintasan rata yang terdapat di ladang ini.

Melalui penjejakan ke kawasan yang dijangkakan, terdapat beberapa struktur yang kelihatan seperti runtuhan batu-bata dan yang menariknya di sini, kebanyakan batu-bata tersebut terukir dengan perkataan FMSR yang memberi maksud "Federated Malay States Railway".

Kredit: Encik Kartografi

Batu-bata berukir perkataan FMSR tersebut kebanyakannya digunakan dalam membina struktur fasiliti kereta api pada masa dahulu.

Hal ini kerana sehingga tahun 1948, nama FMSR digunakan sebelum dinamakan semula menjadi Malayan Railway Administration (MR) kemudian Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1962.

Berkemungkinan runtuhan batu-bata di sini merupakan sebahagian daripada struktur binaan Stesen Keretapi Sungai Dua yang pernah wujud di sini suatu ketika dahulu.

Pasukan penyelidik juga menelusuri laluan lama yang pernah menempatkan landasan kereta api jajaran Tebong - Batang Melaka dalam usaha mengesan sebuah lagi struktur binaan lama iaitu tembok jambatan kereta api.

Kredit: Encik Kartografi

Walaupun semakin dimamah masa dan usia yang mungkin telah mencecah satu abad lamanya, tembok lama jambatan kereta api tersebut kelihatan masih utuh.

Kini, Stesen Keretapi Sungai Dua telah lenyap sejak puluhan tahun lamanya tetapi catatan yang pernah dipaparkan di dalam naskah kartografi lama tetap menjadi bukti ia pernah wujud dan berdiri teguh suatu ketika dahulu.