Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
persatuan kartografi
Kredit: Encik Kartografi
Persatuan Kartografi Jejaki Tapak Bekas Makam Yang Di-Pertuan Muda Riau Keempat

Aina Munirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Persatuan Kartografi Jejaki Tapak Bekas Makam Yang Di-Pertuan Muda Riau Keempat

Setiap tempat pasti ada cerita dan sejarahnya yang tersendiri, tidak kira sama ada di kampung kecil, kawasan pedalaman mahupun bandar yang sedang pesat membangun.

Sejarah sesuatu tempat bukan sekadar mencerminkan bukti kewujudan orang-orang lama di situ, malah menjadi bukti sesuatu peristiwa itu pernah berlaku.

Namun, sejajar dengan peredaran zaman, sebahagian kisah atau sejarah kian dilupakan oleh generasi kini.

Tambahan lagi, ini terjadi disebabkan oleh kurangnya pendedahan atau pengenalan terhadap sesuatu peristiwa itu sendiri.

Baru-baru ini, Persatuan Kartografi Malaysia yang diketuai oleh Shahrul Azzim Abda Aziz (Encik Kartografi) ada berkongsi di laman Facebook mengenai penjejakan sejarah yang dikenal pasti sebagai tapak bekas Almarhum Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak, Yang di-Pertuan Muda Riau Keempat.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Pasukan Kartografi jejak bekas tapak makam Yang Di-Pertuan Muda Riau

Pasukan Etiquity Cartographic Research Center dan Persatuan Kartografi Melaka yang diwakili oleh Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi) dan Faizal Khusairy serta dibantu serta penyelidik Encik Shaari Mat Sa'od telah menjalankan satu usaha penjejakan sejarah bagi mengenal pasti kawasan yang dipercayai sebagai bekas tapak makam Almarhum Raja Haji Fisabilillahi ibni Daeng Chelak, Yang di-Pertuan Muda Riau keempat.

Kredit: Encik Kartografi

Raja Haji Fisabilillah merupakan tokoh penting dalam sejarah Alam Melayu yang telah mangkat pada tahun 1784 ketika memimpin peperangan menentang tentera Belanda di Teluk Ketapang, Melaka.

Peristiwa ini menjadi salah satu detik penting kebangkitan penentangan Melayu terhadap kuasa kolonial di Alam Melayu pada abad ke-18.

Menurut beberapa sumber sejarah, selepas kewafatan baginda, jenazah Raja Haji dipercayai telah dikebumikan di kawasan Teluk Ketapang.

Terdapat juga catatan yang menyebut bahawa pihak Belanda kemudiannya memindahkan jenazah baginda ke Bukit Melaka sebelum akhirnya disemadikan secara kekal di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Indonesia.

Bagi menjejaki kemungkinan lokasi tapak bekas makam tersebut di Bukit Melaka, pasukan penyelidik menggunakan pendekatan analisis kartografi berpandukan sebuah naskhah peta lama yang diterbitkan pada penghujung abad ke 18 bertajuk Hoofdplan van de stad Kasteel Malacca. Peta ini merupakan pelan utama Kota dan Kubu Melaka pada era pemerintahan Belanda.

Menariknya di dalam peta tersebut, terdapat satu kawasan yang ditandakan dengan label "RR" yang berdasarkan interpretasi maklumat di dalam naskah kartografi tersebut merujuk kepada makam Raja Haji.

Penandaan ini menjadi petunjuk penting yang membuka ruang kepada kajian lanjut di lapangan.

Pasukan penyelidik seterusnya menjalankan analisis perbandingan antara peta berusia lebih 200 tahun tersebut dengan data moden termasuk imej satelit Google Street View serta eksplorasi fizikal di tapak sebenar.

Kredit: Encik Kartografi

Melalui perbandingan lapisan peta lama dan landskap semasa, kawasan yang dimaksudkan dijangka terletak di sekitar kawasan bersemak berhampiran sebuah bangunan lama atau kemungkinan di tapak bangunan lama itu sendiri.

Kredit: Encik Kartografi

Usaha ini bukan bertujuan membuat kesimpulan muktamad tetapi sebagai langkah awal membuka semula perbincangan sejarah berasaskan bukti kartograli serta menilai semula naratif lama yang mungkin terpinggir.

Kajian lanjut secara multidisiplin melibatkan sejarah, arkeologi dan dokumentasi kolonial dan tempatan mungkin diperlukan untuk usaha penyelidikan selanjutnya bagi mengesahkan dapatan ini.

Penjejakan ini sekali gus membuktikan bahawa peta lama bukan sekadar lukisan geografi semata-mata tetapi merupakan dokumen sejarah penting yang mampu mendedahkan semula perisitiwa besar yang hampir dilupakan.