Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Asteroid 2024 YR4
Gambar: ESA

Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat

Siti Nur Ain Natasya

Kemungkinan Asteroid 2024 YR4 ‘Hentam’ Bumi Meningkat

Asteroid 2024 YR4 ditemui pada 27 Disember 2024 melalui teleskop ATLAS (Asteroid Terrestrial-Impact Last Alert System) yang beroperasi di Rio Hurtado, Chile.

Penemuan ini mencetuskan perhatian apabila sistem amaran automatik menghantar notifikasi mengenai kemungkinan perlanggaran antara asteroid tersebut dengan Bumi dijangka pada 22 Disember 2032.

Pemantauan rapi oleh ahli astronomi

Sejak awal Januari, ahli astronomi telah memantau pergerakan asteroid ini yang dianggarkan berukuran antara 40 hingga 90 meter dalam diameter.

Difahamkan, jaraknya ketika ini adalah sekitar 45 juta kilometer dari Bumi.

Untuk info, asteroid yang lebih kecil boleh menyebabkan kerosakan setempat manakala yang lebih besar berpotensi membawa kemusnahan berskala serantau.

Lintasan asteroid ini menarik perhatian komuniti saintifik kerana pada mulanya kebarangkalian perlanggaran dengan Bumi dianggarkan sebanyak 1.3 peratus. Ini bersamaan dengan 1 kemungkinan dalam 88 situasi.

Namun, laporan terkini menunjukkan peningkatan kebimbangan apabila kemungkinan tersebut meningkat kepada 2.3 peratus.

Dalam erti kata lain, ianya bersamaan dengan 1 kemungkinan perlanggaran dalam 43 situasi, iaitu dua kali ganda daripada anggaran asal.

Justeru, NASA dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) kini giat memantau pergerakan asteroid ini untuk meramalkan trajektorinya dengan lebih tepat.

Walau bagaimanapun, asteroid ini dijangka akan ‘hilang’ daripada pandangan pada penghujung April 2025 apabila ia meneruskan orbitnya mengelilingi matahari.

Sepanjang tempoh ‘kehilangannya’, agensi angkasa tidak dapat membuat ramalan lanjut sehingga asteroid ini muncul semula dijangka pada Jun 2028.

“Semakin lama kita menjejaki asteroid, semakin tepat ramalannya. Apabila data tambahan dikumpul, ketidaktentuan kedudukannya pada tahun 2032 akan berkurangan,” menurut laporan CNN yang memetik kenyataan seorang ahli astronomi.

Tindakan awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PBB telah mengaktifkan Protokol Pertahanan Planet buat kali pertama sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan impak asteroid.

Antara strategi mitigasi yang sedang dipertimbangkan termasuklah:

1. Pengalihan asteroid: Menggunakan kaedah untuk menukar trajektori asteroid.

2. Traktor graviti: Teknologi ini bertujuan menarik asteroid ke laluan yang lebih selamat.

3. Letupan nuklear: Pilihan terakhir untuk menghancurkan asteroid sekiranya diperlukan.

Alat pengesan seperti radar dan teleskop yang dimiliki NASA, ESA dan pemerhati lain turut digunakan secara berterusan bagi tujuan pemantauan.

Meskipun kebarangkalian perlanggaran hanya sekitar 2.3 peratus, risiko serpihan asteroid yang tersasar masih menjadi kebimbangan.

Agensi angkasa di seluruh dunia kini bekerjasama untuk mengkaji komposisi asteroid serta kemungkinan perubahan trajektori.

Kajian ini penting untuk menentukan sama ada asteroid 2024 YR4 benar-benar bakal menimbulkan ancaman serius kepada Bumi atau sebaliknya.

BACA: Selepas 5 Tahun Ditutup, Pusat Peranginan Bukit Larut Bakal Dibuka Semula

BACA: Gempa Bumi Landa Laut Caribbean

BACA: Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma

Sumber: CNN Science, CBS News via Youtube, NASA